ZAID AL-ARAKI KENA SEKOLAH DENGAN PAK BERAHIM!!!

Kalau dah namanya ahli DAPigs, mana mungkin dia boleh menerima sebarang kritikan atau kenyataan yang dibuat oleh pihak yang mempertahankan kesucian agama Islam di Malaysia ni.

Maka sebab itu PAS menempelak kritikan yang dibuat oleh Si Zaid Al-Araki ni terhadap JAKIM berhubung isu seorang wanita  yang menjadikan anjing sebagai binatang peliharaannya.

Timbalan Presiden PAS berkata, pemimpin baru DAPigs itu tidak sepatutnya mempertikai usaha pihak JAKIM sebagai badan yang mempunyai kuasa dalam mempertahan kesucian Islam.
“Kita tidak boleh pertikaikan kenyataan dan pandangan JAKIM sebab ia memang badan yang ditugaskan untuk (memperjuangkan agama) itu. Apa yang dikatakan itu betul dan memang dalam skop tanggungjawabnya
“Sepatutnya Zaid tidak komplen JAKIM, komplen orang yang melanggar peraturan tersebut. Saya fikir kenyataan dikeluarkan Jakim ialah kenyataan cukup ilmiah dan bukan emosi,” katanya kepada media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, semalam.
Sebelum ini video seorang wanita Islam yang memelihara anjing  bernama Bubu tular di media sosial dan mendapat kecaman daripada umum  kerana tindakan tersebut bertentangan dengan Islam.

Justeru, Ketua  Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha  dalam satu kenyataannya menyesali tindakan wanita tersebut kerana perbuatan itu  boleh dianggap boleh menimbulkan keresahan kepada umat Islam kerana bercanggah dengan pegangan mazhab dan adat di Malaysia.

Mengulas lanjut  perkara itu, Tuan Ibrahim berkata, sewajarnya penjelasan JAKIM diambil kira dari sudut positif dan ia sememangnya badan itu telah  memainkan peranan dalam menjelaskan isu tersebut kepada rakyat.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :