ADA "HANTU RAYA" MENYAMAR JADI ANWAR BUAT FATWA!!!

Heh! Sekarang kita tau la betapa mudahnya puak Pakatan Haprak tu kena kencing dengan Si Ketua Penipu tu. Mudah sangat diorang terpesona dengan pembohongan yang dilakukannya.

Contoh yang paling mudah ialah mengenai pendirian geng Otai PKR yang sebelum ini membuat ketetapan menolak kepimpinan Tun Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Haprak tu.

Pada awalnya, geng Otai PKR tu membuat desakan agar Pakatan menubuhkan RCI terhadap Tun Mahathir diatas segala kesalahan yang dilakukan sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Namun kemudian geng Otai PKR tu mengubah pendirian tersebut setelah Si Ketua Penipu tu mengeluarkan 'Fatwa' agar mereka menerima kehadiran Tun Mahathir dengan alasan Reformasi.

Tapi, 'Fatwa' yang dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu tu diragui kerana dia sedang meringkuk dalam penjara pada ketika ini. Bagaimana mungkin seorang banduan boleh buat kenyataan sedemikian?

Perkara itu juga bukan baru dibangkitkan. Malah setiap kali 'Fatwa' Si Ketua Penipu tu diterbitkan, sudah pasti ianya akan menjadi pertikaian. Boleh ke seorang banduan keluarkan 'Fatwa'?

Jawapannya, TIDAK BOLEH seperti mana penjelasan yang diberikan oleh pihak penjara dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berhubung kenyataan terbuka Si Ketua Penipu tu.
"Mana-mana banduan adalah tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan penyiaran tanpa kebenaran dari Jabatan Penjara iaitu sepertimana ketetapan prosedur penjara. Dalam hal ini Anwar tidak diberikan kebenaran berbuat sedemikian," kata Supri dalam kenyataan media hari ini.
Maka persoalannya sekarang, siapa 'Tangan Ghaib' yang menyamar sebagai Si Ketua Penipu tu selama hari ini? Takkan pulak dia ada bela "Hantu Raya" untuk buat kenyataan sedemikian.

Kalau takde, bermakna selama hari ini puak Pakatan Haprak tu dah kena kencing dengan 'Fatwa' yang dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu tu. Nak pulak dikalangan penyokong - penyokong tegar PKR yang sememangnya seronok bila dikencing oleh Si Ketua Penipu tu!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :