ADAKAH ISA SAMAD JUGA DIGANGGU KERANA CEMBURU???

Bukan niat nak membela kes yang melibatkan Tan Sri Isa Samad yang disiasat oleh pihak SPRM baru - baru ini. Tapi hanya sekadar nak menunjukkan sifat RETORIK Si Azmin Ali ni sahaja.

Kalau kita baca kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu, dia cuba membayangkan bahawa tindakan yang diambil oleh SPRM terhadap Unisel dan MBI baru - baru ini sebagai satu intimidasi.

Kata Si Azmin, tindakan SPRM itu hanya sekadar bertujuan untuk mengganggu Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinannya kerana 'Cemburu' dengan pencapaian yang diperolehi.

Malah, Si Azmin juga mendakwa bahawa pihaknya memang sudah menjangkakan gangguan dan intimidasi tu, yang menurutnya akan berterusan sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
“Banyak pihak hari ini cemburu dengan kejayaan Selangor. Bukan sahaja dapat mewujudkan perpaduan yang utuh dalam pentadbiran, sekarang ada rakan baru dalam Pakatan Harapan.
“Pada masa yang sama banyak pihak cemburu dengan kejayaan Selangor menguruskan ekonomi dan kewangan dengan cara berhemah dan amat telus dan berintegriti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.
Azmin mengulas siasatan SPRM ke atas Universiti Selangor (Unisel) dan Menteri Besar Incorperated (MBI), membabitkan dakwaan pembayaran RM16 juta kepada sebuah syarikat swasta.

Persoalannya, kalau betul Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinan Si Azmin tu dijalankan secara telus, kenapa perlu dia menggelupor biawak sewaktu siasatan dijalankan oleh SPRM?

Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan Si Azmin itu juga boleh digunakan bagi membela Tan Sri Isa Samad yang kini sedang disiasat oleh pihak SPRM kerana membeli hotel dibawah FIC.

Adakah Azmin juga bersetuju sekiranya ada pihak mendakwa SPRM sengaja mengganggu Tan Sri Isa Samad kerana cemburu dengan pencapaian yang telah diperolehi oleh bekas Pengerusi Felda itu?

Itulah sifat RETORIK yang dipamerkan oleh pemimpin puak - puak Pakatan Haprak ni sebenarnya. Kalau kena pada orang lain, bukan main lagi diorang mengampu pihak SPRM tu. Tapi, bila kena pada batang hidung mereka sendiri, macam - macam pulak alasan yang diberikan!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :