Kesian dengan ADUN PKR sorang ni ya. Hidup - hidup dia kena kencing dengan Rejim pimpinan DAPigs di Pulau Pinang. Patut la dia sampai menangis masa berbahas dalam sidang DUN.
Dilaporkan, ADUN PKR ni dah kena tipu oleh Rejim DAPigs Pulau Pinang dengan memberikan alasan “isu teknikal” kerana tidak melakukan projek tebatan banjir di kawasannya.
Malah katanya, Rejim DAP Pulau Pinang itu telah menyapu wang yang dibayar oleh pemaju yang sebenarnya bertujuan untuk projek tebatan banjir terutama dikawasan ADUN PKR tersebut.
Sebaliknya, Rejim DAPigs itu didakwa menyimpan wang itu untuk “pengurusan aliran tunai” dan tetapi kemudiannya memberitahu ADUN tersebut bahawa ia adalah “isu teknikal”.
Anehnya, MBPP tidak pula mengalami masalah dana yang disekat ini – hanya MPSP. Jika banjir berlaku lagi, Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu memberitahu mangsa bahawa mereka mengalami kesusahan akibat “isu teknikal”.
Melalui pendedahan NST, Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 baru - baru ini mendedahkan bahawa Majlis Perbandaran Seberang Prai hanya menggunakan RM2.2 juta daripada RM63.39 juta yang dikutip dari 2008 hingga Jun 2016.
Majlis itu sepatutnya menyerahkan semua dana setiap tahun kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri. Tetapi ADUN PKR itu mendakwa, pecahan sebenar jumlah dana yang masuk atau keluar mesti didedahkan.
“Masalah yang dirisaukan ialah dana itu tidak digunakan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Seberang Prai. Sebagai contoh, di kawasan Penanti saya sahaja, terdapat sembilan kawasan yang mudah terjejas akibat banjir yang boleh mendapat manfaat daripada dana ini,” katanya kepada New Straits Times.
Namun yang paling malangnya, takde seorang pun pemimpin PKR yang berani tampil untuk mempertahankan hak ADUN tersebut biarpun dia mewakili parti mereka. Sebaliknya, dia dibiarkan terkontang kanting dilanyak oleh Rejim DAPigs secara bersendirian!!!