Huh! Banyak la korang punya alasan tak nak lepaskan jawatan lantikan yang telah diberikan oleh Rejim PAS Kelantan sedangkan hakikatnya, korang memang kemaruk dengan jawatan tu.
Bukan setakat kemaruk je. Bahkan korang lebih sayangkan jawatan tu sebab ada habuan yang diberikan. Kalau tidak, kenapa payah sangat korang nak lepaskan jawatan lantikan tersebut?
Maka itu sebab korang sanggup men-Tunggul-Kayu-kan arahan serta merta yang telah dikeluarkan oleh Wan Azizah dan ketetapan yang telah diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik PKR sebelum ini.
Kalau sebelum ini, wakil PKR Kelantan ni kata diorang masih memerlukan beberapa waktu untuk menyelesaikan beberapa urusan untuk memenuhi arahan serta merta yang dikeluarkan.
Katanya, nak lepaskan jawatan bukan satu perkara mudah. Maka sebab itu Wan Azizah memberikan mereka tempoh sehingga penghujung bulan Jun untuk selesaikan segala urusan tu.
Tapi sampai ke hari ini, takde seorang pun pemimpin PKR Kelantan yang meletakkan jawatan mereka. Sebaliknya, diorang tampil dengan seribu satu alasan yang memang tak masuk akal.
Semalam, salah seorang wakil PKR Kelantan membuat dakwaan kononnya diorang masih belum menerima sebarang 'Arahan Rasmi' dari pucuk pimpinan PKR untuk berbuat demikian.
Kali ini, seorang lagi wakil PKR Kelantan ni mendakwa mereka belum melepaskan jawatan lantikan yang diberikan oleh Rejim PAS Kelantan adalah kerana 'Sebab Tertentu' yang tak boleh dikongsikan.
“Kita masih belum melepaskan jawatan (lantikan politik di Kelantan). Proses tersebut sebenarnya masih berjalan. Kita ada sebab tertentu yang tidak boleh saya jelaskan,” katanya dipetik Utusan Online.
Pusing - pusing, itu je la alasan diorang. Balik - balik, ada sebab tertentu yang tak boleh dinyatakan secara terbuka. Semuanya hanya sekadar alasan diorang semata - mata sedangkan hakikatnya, diorang sayang nak lepaskan jawatan yang telah diberikan!!!