ANAK RAJA TIKUS SELAK KAIN NURUL IZZAH!!!

Dahulunya dikenali sebagai Puteri Reformasi, namun anak kepada SiAnwar Ibrahim itu kini merupakan penggerak utama kepada agenda Tun Mahathir yang mahu menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri.

Menurut kata seorang penganalisis Politik muda, Raja Sara Petra berkata, beliau masih ingat pada September 1998, beliau pada waktu itu masih bersekolah, begitu juga dengan Nurul.

Kata Raja Sara menjelaskan bahawa bapanya, Raja Petra Kamaruddin juga pernah diberkas oleh pihak Polis kerana menentang pemerintahan Tun Mahathir sama seperti bapa Nurul, Anwar.
"Saya masih di sekolah sewaktu gerakan reformasi lahir pada September 1998, begitu juga Nurul Izzah Anwar.
"Dan saya masih ingat ketika Nurul digelarkan Puteri Reformasi dan bapa saya diberkas kerajaan kerana menentang Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu," ujar Raja Sara.
Sepanjang 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, ramai penganalisis Politik sama ada domestik mahupun antarabangsa menyifatkan Malaysia dibawah pemerintahan kuku besi.

Kata Raja Sara, sesiapa yang menentang pemerintahan Tun Mahathir akan dianggap sebagai pesalah jenayah dan akan ditangkap dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Tetapi hari ini, kita dapat melihat pelbagai perkara jijik, bukan sahaja terhadap Perdana Menteri, tetapi juga kepada isteri serta anak beliau, dan anda tidak disaman apatah lagi ditangkap.
"Perkembangan kebebasan bersuara di Malaysia adalah sesuatu yang tidak dinikmati ketika era pemerintahan Mahathir," ujarnya.
Tambahnya, pergerakan Reformasi yang dahulunya dikepalai oleh Nurul Izzah kini sudah jauh berubah setelah Tun Mahathir menyertai pembangkang atas alasan mahu menggulingkan Barisan Nasional.

Secara kesimpulannya, semua itu dilakukan demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Takkan Si Nurul Izzah tu tak tau yang dia hanya dipergunakan oleh Tun Mahathir bagi merealisasikan impian dan survival Politiknya sendiri!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :