Heh! Nampak gayanya, Si Azmin Ali ni terpaksa berputih mana apabila Pengerusi gabungan Pakatan pembangkang itu mengumumkan pendirian terkini berhubung rundingan dengan PAS.
Dalam kenyataan media yang disiarkan hari ini, gabungan Pakatan Haprak tu bersetuju menolak sebarang rundingan kerjasama Politik dengan PAS dan bersedia menghadapi saingan tiga penjuru.
Melalui mesyuarat yang diadakan semalam, Pakatan Haprak tu membuat ketetapan sebulat suara melalui kenyataan yang ditandatangani oleh pimpinan gabungan tersebut, termasuk Wan Azizah.
Cadangan untuk mewujudkan semula hubungan kerjasama diantara PKR dan PAS itu mula dibangkitkan selepas gambar pemimpin utama kedua - dua parti tersebut tular dimedia sosial.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali secara terbuka menyatakan hasrat mahu kembali memujuk PAS untuk mengadakan rundingan berhubung isu pembahagian kerusi Pilihan Raya.
Dalam masa yang sama, Si Azmin mendakwa, rundingan diantara PKR dan PAS itu tidak melibatkan Pakatan yang turut dianggotai oleh DAPigs, PAN dan PPBM pimpinan Tun Mahathir.
Namun, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali itu ditolak oleh kepimpinan Pakatan, terutama DAPigs dan PAN yang tetap menganggap PAS sebagai 'Musuh Utama' kepada gabungan tersebut.
Malah, pemimpin DAPigs dan PAN sama - sama menganggap pendirian Timbalan Presiden PKR itu sebagai satu tindakan yang membelakangi kepentingan bersama serta mementingkan diri sendiri.
Turut dilaporkan, Si Azmin Ali tu tidak hadir didalam mesyuarat pimpinan Pakatan yang telah diadakan walaupun mesyuarat itu diadakan di Ibupejabat PKR, dekat Petaling Jaya semalam.
Ketidak-hadiran Timbalan Presiden PKR yang juga merupakan Pengerusi Pilihan Raya Pakatan itu kemungkinan besar sebagai satu tanda protes terhadap keputusan yang dibincangkan.
Sejak kebelakangan ini, terdengar khabar angin dikalangan penyokong Pakatan yang mendakwa Si Azmin tu cuba nak memujuk PAS bagi mengekalkan kedudukannya di Selangor atas dasar kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri!!!