AZMIN "SOUND" RAFIZI, JANGAN BERBOGEL DEPAN MEDIA!!!

Nampak gayanya, kemelut kepimpinan dalam PKR pada ketika ini bukan lagi bertambah meruncing. Sebaliknya, konflik dalaman parti itu dilihat semakin kronik apabila mereka berbalah secara terbuka.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tampil memberikan amaran kepada "Pakar Strategi" parti tersebut agar tidak membincangkan perihal dalaman parti kepada pihak media.

Malah Azmin juga secara terang - terangan menyangkal cadangan Rafizi yang mahu PKR mengadakan Kongres Khas peringkat kebangsaan bagi menyelesaikan pendirian parti berkaitan PAS.

Bahkan Si Azmin turut menyifatkan cadangan yang dibuat oleh Rafizi bagi mengadakan kongres tersebut hanya sekadar pandangan peribadi Ahli Parlimen Pandan itu semata - mata.
"Itu adalah pandangan peribadi yang tidak dibincangkan oleh parti. Dalam mana-mana organisasi perbezaan pandangan dan pendekatan memang berlaku. 
"Namun kepimpinan membawa maksud kita mesti mempunyai keupayaan untuk menguruskan perbezaan pandangan dan pendekatan dengan bijaksana dan tertib.
"Tidak ada keperluan untuk mendedahkan perkara ini kepada media kerana kepimpinan yang ada pada masa ini dipilih oleh akar umbi, maka kita kena beri mandat kepada kepimpinan," ujarnya kepada pemberita.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin itu memberikan gambaran seolah - olah dia mahu isu kemelut kepimpinan PKR didiamkan dan disembunyikan dari pengetahuan umum.

Walhal Si Azmin tu tidak sedar bahawa konflik kepimpinan parti itu kini sudah menjadi satu 'Rahsia Umum' yang turut menjadi topik hangat di kalangan penganalisis kedai - kedai kopi.

Maka, tidak salah sekiranya ada yang turut menyifatkan tindakan Si Azmin yang memberikan peringatan kepada Si Rafizi itu secara terbuka hanya sekadar satu langkah untuk menyembunyikan bangkai gajah dengan daun keladi!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :