Serbuan yang dilakukan oleh pihak SPRM ke atas UniSEL dan MBI semalam bukanlah satu tindakan tersusun untuk menjejaskan Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Azmin Ali tu.
Sebaliknya, Rejim Pakatan Azmin tu la yang sepatutnya membuktikan bahawa mereka amat telus dan sedia untuk disiasat jika terdapat sebarang dakwaan penyelewengan yang dibangkitkan.
Tetapi apabila tindakan mula diambil mengikut saluran undang - undang yang betul, mula la diorang tak puas hati. Maka timbul la macam - macam alasan untuk memburukkan lagi keadaan.
Kot selama hari ini, bila ada je pegawai kerajaan atau ahli politik Barisan Nasional dikenakan tindakan, pandai pulak diorang memuji dan memuja pihak yang mengambil tindakan.
Tak cukup sekadar buat kenyataan media, sampai ke depan pejabat tu diorang sanggup mengampu. Dan dalam masa yang sama turut menjatuhkan hukum terhadap mereka yang terlibat.
Sebagai contoh, kes yang melibatkan Tan Sri Isa Samad baru - baru ini. Bukan main kecoh lagi diorang kompang dalam media sosial memburuk - burukkan UMNO serta Barisan Nasional.
TAPI, bila SPRM menjalankan siasatan terhadap perkara yang berkaitan dengan diorang, maka semuanya dianggap tak betul belaka. Sebaliknya macam - macam teori pulak yang dibangkitkan.
Dan kebiasaannya, diorang anggap semuanya sebagai ‘Konspirasi Politik’ dan ‘salahguna kuasa’ pihak Kerajaan Barisan Nasional sengaja nak menjatuhkan gabungan Pakatan pembangkang.
Maka persoalannya, apakah mereka ni semuanya tidak langsung boleh disentuh lansung? Jenis Politik apa yang cuba dipamerkan oleh puak - puak Pakatan Haprak ni jika bukan Politik Hipokrit.
Pokok pangkalnya, alasan yang diberikan oleh puak Pakatan Haprak macam Si Azmin tu membuktikan bahawa mereka ni benar - benar pemimpin yang memiliki sifat MUNAFIK, sedangkan diorang tu bukannya MAKSUM dan SUCI seperti yang dibanggakan!!!