Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah meneruskan siasatan terhadap semua pihak yang terlibat di dalam isu membabitkan pembelian dua buah hotel di Kuching dan London oleh Felda Global Ventures (FGV).
Pengerusi Taske Force Felda Bersatu Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil berkata,parti itu menyambut baik ketegasan SPRM dalam menyiasat dan menahan beberapa individu dan terkini menahan reman bekas pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad.
"Saya menyambut baik ketegasan SPRM menahan Tan Sri Isa berkaitan kes penjualan hotel di London dan Kuching.
"Penahanan pengurusan tertinggi FGV ini memberi harapan bagi rakyat Malaysia bahawa rasuah yang berleluasa zaman Datuk Seri Najib ini masih boleh dibendung.
"Saya harap usaha ini tidak berhenti setakat Tan Sri Isa, perlu diperluaskan hingga semua terlibat dibawa ke muka pengadilan," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Read More / Baca Lagi >>