BELUM SEMPAT BUAT KERJA, PAN DAH MALUKAN AZMIN!!!

Baru je dapat lantikan dan belum sempat dia nak memainkan peranan yang telah diberikan sebagai 'Anak Emas' kepada Tun Mahathir, Si Azmin Ali tu telah dihujani macam - macam kritikan.


Namun, Si Azmin tu hari ini tampil dengan memberikan penjelasan kononnya dia akan menjadi 'Pemangkin' kepada Pakatan untuk merapatkan hubungan kerjasama Politik dengan PAS.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Si Azmin tu mendakwa dia akan menjalankan rundingan dengan PAS berhubung isu pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU yang akan datang.
"Ya, ini adalah proses berterusan di mana kita merasakan perlu ada konsensus di antara kesemua parti pembangkang untuk melihat bagaimana kita menang dalam PRU14. Objektif kita untuk menang pilihan raya, maka kita perlu atur strategi untuk melihat bagaimana kemenangan dapat dicapai," katanya.
Tapi, malangnya, belum sempat Si Azmin Ali tu nak memujuk PAS agar beralah dengan Pakatan, puak - puak parti Ternakan DAPigs tu terlebih dahulu sudah memalukan dirinya secara terbuka.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila pemimpin PAN Kelantan berikrar mahu bertanding di 30 kerusi yang kini menjadi milik PAS menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Malah, PAN Kelantan juga turut mendakwa bahawa PKR hanya diberikan peluang untuk bertanding di tiga kawasan Parlimen dan empat kerusi DUN berdasarkan kepada status quo sebelum ini.

Dari satu sudut, kenyataan pemimpin PAN Kelantan itu dilihat seolah - olah satu penghinaan terhadap PKR yang dianggap tidak mempunyai sebarang pengaruh di negeri tersebut.

Dalam erti kata mudahnya, nampak sangat usaha Si Azmin ni awal - awal lagi dah GAGAL untuk dilaksanakan memandangkan PAN dan PAS memang sudah tidak sehaluan. Kita tengok la sejauh mana dia dapat menyelesaikan kemelut diantara PAS dan PAN tu nanti!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :