BERANI KE TUN MAHATHIR AMBIK TINDAKAN TERHADAP AZMIN???

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad disarankan mengambil tindakan terhadap Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana berunding dengan PAS tanpa restu PH.

Penganalisis politik Mohd Sayuti Omar(MSO) berkata walaupun rundingan Azmin dengan PAS di atas kapasiti PKR, namun Timbalan Presiden PKR itu masih terikat dengan PH kerana beliau dilantik sebagai Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PH.

“Bukankah tindak tanduk Azmin itu sebagai tidak menghormati rakan-rakan dalam Pakan Harapan sekiranya pertemuan beliau dengan dua pemimpin PAS dalam rangka perbincangan politik? Dr Hatta Ramli menafikan pertemuan Azmin itu atas restui Amanah.

“Kalau begitu sudah tentu komponen Harapan tidak memberi mandat untuknya beruding. Kalau tiada mandat kenapa beliau pandai-pandai menerima pemimpin PAS dan berbincang soal kerjasama? Menyihirkan agar Dr Wan Azizah hadir sama tidak boleh menyakinkan ada permainan kongkalikong oleh Azmin.

“Dengan apa yang berlaku dari segi amanah Azmin sudah tidak ada amanah dan berpeluang besar untuk melanggar perjanjian dalam Pakatan Harapan.

"Mungkin kesalahan pertama paling awal Azmin itu memberi alasan kepada Dr Mahathir untuk memikir dan menilai semula pelantikan Azmin selaku pengarah pilihan raya.

"Macam mana beliau memegang jawatan itu kalau tidak ada integriti, tentu tidak akan dipedulikan rakan komponen segala arahannya,”kata MSO dalam Facebook.

MSO turut mendedahkan Azmin mengamalkan politik kebudak-budakan apabila menuntut jawatan Timbalan Presiden PH sebaris dengan Lim Guan Eng (DAP), Mohamad Sabu (Amanah) dan Tan Seri Muhyiddin Yassin (PPBM).

“Kalaulah pelantilkan Azmin itu kerana kehendaknya setelah tidak dilantik menjadi timbalan presiden Pakatan Harapan, jelas pelantiklan itu tidak valid.

“Khabarnya Azmin mengamuk dalam mesyuarat biro politiknya kerana dia hanya dilantik sebagai naib presiden PH tidak timbalan bersama Muhyiddin dan Mohamad Sabu. Politik si tukang sihir dan mendesak jawatan seperti budak-budak bukan politik matang,” katanya lagi.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :