BILA DAH BERCERAI, JANGAN GILA TALAK PULAK!!!

Persis seperti orang yang dah bercerai tapi masih lagi Gila Talak. begitu lah gambaran betapa terdesaknya PKR pada ketika ini yang terhegeh - hegeh mahu menagih kembali sokongan PAS.

Tapi PAS pulak menganggap adalah sukar menjalinkan semula hubungan kerjasama dengan PKR biarpun Presiden PKR mendakwa kedua-dua parti itu masih boleh berbincang soal kerusi pada Pilihan Raya umum (PRU).

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Zuhdi Marzuki berkata berdasarkan kajiannya, pengundi Melayu kebanyakannya mahu PAS bergerak sendiri tanpa menyertai Pakatan Harapan (PH) dan BN.
“Apa yang dicadangkan itu teramat sukar tetapi tidak mustahil. Jentera kita sudah siap sedia untuk menghadapi pertandingan 3 penjuru,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, sebarang rundingan semula dengan PKR hanya akan menyebabkan strategi PAS terpaksa “berpusing 180 darjah” dan memperlihatkan parti itu sebagai sebuah parti yang tidak konsisten.

Sementara itu, DAPigs mendakwa tidak fahamdengan  tindakan PKR yang tidak menolak sebarang kerjasama dengan PAS sedangkan “tahaluf siyasi” (kerjasama politik) sudah dibatalkan.
“Saya tidak faham setelah hubungan diputuskan tetapi sekali lagi ingin bekerjasama,” kata wakil parti itu sebelum ini.
Manakala bagi parti PAN pula, sebarang rundingan perlu berpegang kepada matlamat untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Najib Razak.

Namun, Pengarah Komunikasi PAN Pusat, Si Khalid Samad tu berkata rundingan tidak boleh berlaku sekiranya PAS masih lagi teragak - agak dan tidak komited dengan matlamat PH.
“Soalnya, adakah PAS mempunyai matlamat sama, dan jaminan bahawa setelah menang, tidak akan khianati PH? PAS kena akur dengan keadaan di mana kita sekarang ada 4 parti. Ia tak boleh kata Amanah, PPBM tak boleh bertanding dan semua kerusi untuk PAS.” katanya.
Mei lalu, PAS memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PKR kerana masih enggan menyertai kembali Pakatan serta tidak sehaluan dengan DAPigs dan PAN yang menganggap PAS sebagai Musuh Utama.

Bagaimanapun, khabar angin kononnya kedua - dua parti itu akan kembali bergabung timbul selepas beberapa pemimpin PKR melawat Presiden PAS Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :