Banyak la diorang punya alasan. Kalau sebelum ini kata bulan Julai. Lepas tu kata akhir bulan Julai. Sekarang ni dah masuk bulan Ogos, masih takde sorang pun pemimpin PKR Kelantan yang letak jawatan.
Dari satu sudut, nampak sangat pemimpin PKR Kelantan tak setuju dengan keputusan yang ditetapkan oleh Biro Politik Pusat sehingga mereka sanggup engkar kepada arahan yang dikeluarkan.
Dengar katanya, Rejim PAS Kelantan belum menerima sebarang surat peletakan jawatan lantikan politik daripada mana-mana wakil PKR biarpun tempoh kelonggaran diberikan telah berakhir.
Timbalan Menteri Besar Kelantan mendakwa, wakil PKR mungkin mempunyai sebab tersendiri kenapa mereka tidak dapat mematuhi arahan dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti itu.
“Pendirian kita masih sama, iaitu untuk terus memberi ruang kepada lantikan politik PKR memegang jawatan masing-masing.
“Paling tidak, kita harap wakil PKR sudi mengekalkan jawatan masing-masing sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Pas Kelantan, di sini hari ini.
Pada 16 Mei lalu, Biro Politik PKR memutuskan supaya semua lantikan politik PKR dalam Kerajaan Pas Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta-merta. Bagaimanapun, belum ada sesiapa meletak jawatan.
Pada 9 Jun lalu, Wan Azizah pula dilaporkan berkata, kelonggaran telah diberikan dan PKR menjangkakan ke semua lantikan politik berkenaan berbuat demikian menjelang akhir Julai.
Dan yang terbaru, ketika menjawab soalan ahli PAN, Ketua AMK Kelantan mendakwa kononnya pimpinan parti itu akan mengambil tindakan sedemikian pada penghujung bulan Julai.
Namun sehingga ke hari ini, masih belum ada lagi sebarang tindakan yang diambil oleh pemimpin terbabit. Sebaliknya, mereka sering kali tampil dengan pelbagai alasan untuk mengekalkan jawatan serta kedudukan yang mereka pegang pada ketika ini!!!