DAKWAAN CAMPUR TANGAN ASING BUKANNYA BARU!!!

Bukan baru semalam dakwaan kononnya wujud campur tangan asing dalam Pilihan Raya Umum di Malaysia ini menjadi satu bahan modal jajaan murahan buat bekas Perdana Menteri ni.

Sebaliknya, sebelum Tun Mahathir bertindak menyertai Pakatan pembangkang dulu pun, dia sering menggunakan bahan cereka yang sama untuk disajikan kepada rakyat secara terbuka.

Maka, dakwaan yang didedahkan baru - baru ini bukannya sesuatu yang baru didengar semalam. Tetapi ianya adalah bahan jajaan murahan yang telah dikitar semula berulang - ulang kali.

Sebelum ini, kita pernah mendedahkan mengenai satu taklimat tertutup yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri itu kepada kepimpinan UMNO Negeri berkaitan dengan DAPigs.

Pada ketika itu, Tun Mahathir mendakwa kononnya Singapura akan masuk campur dalam urusan Pilihan Raya Umum di Malaysia bagi merealisasikan impian DAPigs mengambil alih Kerajaan.

Dan sebelum ini pun, pernah kita dengar dakwaan berkaitan dengan campur tangan Amerika Syarikat yang menjadi tulang belakang PKR dengan memberikan dana kewangan kepada parti itu.

Malah, dakwaan itu juga pernah diulangi oleh Tun Mahathir dalam beberapa siri ceramah yang diadakan dengan mengaitkan hubungan PKR dan pelobi Mata Wang Dunia, George Soros.

Maka secara kesimpulannya, kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir berhubung kemungkinan campur tangan asing dalam Pilihan Raya Umum di Malaysia ini hanya sekadar Taktik Basi yang dikitar semula untuk memperbodohkan rakyat semata - mata!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :