DALAM KEADAAN NEGARA BERGELUMANG DALAM SKANDAL KEWANGAN 1MDB, HANYA PEKERJAAN BERGAJI RENDAH DAN MENENGAH-BAWAH DITAWARKAN DALAM EMPAT TAHUN KEBELAKANGAN INI.


Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Menteri Pemandu Idris Jala meuar-uarkan bahawa kita hanya kurang 15% sahaja daripada mencapai tahap negara berpendapatan tinggi.
Namun, berdasarkan laporan Menteri Sumber Manusia kepada saya di Parlimen pada 3 Ogos 2017, realitinya amat muram sekali.
Saya telah bertanya soalan tentang bilangan peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh beberapa tahun ini.
Berikut merupakan antara jawapan yang diberikan Menteri:
Tahun
Bilangan pekerjaan yang ditawarkan
2013
166,343
2014
98,286
2015
115,237
2016
133,401
2017 (sehingga Julai 2017)
159,325
Jumlah
672,592
Jadual 1: Bilangan pekerjaan yang ditawarkan mengikut tahun (Sumber: Jawapan Parlimen oleh Menteri Sumber Manusia kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam pada 3 Ogos 2017)
Menteri enggan memberikan perincian lanjut tentang pekerjaan ini termasuk pecahan mengikut industri. Beliau sekadar menyatakan bahawa “kebanyakan kekosongan jawatan ini disumbangkan oleh sektor utama seperti pembuatan, pembinaan, pertanian, perladangan, dan perkhidmatan”.
Mengikut kenyataan Menteri yang sama, dalam tempoh masa empat (4) tahun ini, “purata gaji yang ditawarkan adalah antara RM1000 hingga RM5000”.
Bandingkan ini dengan M40, takrifan kerajaan sendiri untuk golongan berpendapatan 40% pertengahan dengan pendapatan bulanan antara RM3,860 – RM8,319. (Source: http://ift.tt/1SFucZqews/316993)
Dalam kata lain, pekerjaan yang ditawarkan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini hanyalah pekerjaan bergaji rendah dan menengah-bawah sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :