GILIRAN KEM WAN AZIZAH PULAK SERANG AZMIN!!!

Walaupun sebelum ini Wan Azizah secara terbuka mendakwa PKR tidak menolak sebarang kemungkinan untuk berunding dengan PAS, tapi lain pulak dengan pemimpin dari Kemnya sendiri.

Jika sebelum ini, pendirian terbaru PKR adalah untuk kembali mewujudkan kerjasama dengan PAS dalam soal pembahagian kerusi Pilihan Raya tidak melibatkan gabungan Pakatan.

Namun, cadangan yang dinyatakan secara terbuka oleh Timbalan Presiden PKR itu jelas dibantah dan ditolak terang - terangan oleh kepimpinan parti yang menyokong Kem Wan Azizah.

Menurut penjelasan yang diberikan oleh Saifuddin Nasution, isu berkaitan dengan pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum hanya akan dibincangkan sesama parti dalam Pakatan.

Malah, Setiausaha Strategi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga turut menegaskan, pertemuan pemimpin PKR dan PAS tidak ada kaitan dengan pembahagian kerusi.
“Pertemuan itu pertemuan dibuat pimpinan tertentu dalam PKR. Tetapi tidak sampai berunding kerusi. Saya cuma mengesahkan tidak ada perbincangan kerusi antara PKR dan PAS lagi.
“Perbincangan kerusi hanya berlaku dalam parti PH. Saya terlibat sepenuhnya. Sekarang hampir setiap hari kita buat mesyuarat. Kalau ada pimpinan tertentu bertemu PAS, itu saya tak nak komen, mereka boleh komen sendiri,” katanya dipetik FMT.
Tidak cukup setakat itu sahaja. Bahkan PAS juga turut berulang kali menegaskan bahawa parti itu tidak akan kembali mewujudkan kerjasama dengan mana - mana pihak yang ada kaitan dengan Pakatan.

Apa yang jelas, pendirian Azmin yang tetap mahu berbincang dengan PAS berhubung isu pembahagian kerusi dan mewujudkan semula kerjasama Politik itu hanya sekadar Angan-Angan dia semata - mata kerana mahu menjaga kepentingan peribadi dirinya sendiri!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :