Bagi mereka yang tak faham apa maksud Taboo, maknanya cukup mudah. Sekarang ni, kalau nak cerita pasal kes liwat Si Ketua Penipu tu atau nak ungkit dosa yang dia buat dah tak boleh.
Haram bagi mana - mana pihak, terutamanya mereka yang menyokong Pakatan Haprak tu untuk mempertikaikan perkara tersebut secara terbuka. Nak pulak didepan Pengerusi Pakatan.
Walhal, yang mula - mula menuduh Si Ketua Penipu tu terlibat dengan maksiat pun bukan orang lain. Sebaliknya, dia juga yang buat dakwaan tersebut. Malah dia siap tulis dalam buku dia lagi.
Tapi hari ini, Tun Mahathir melarang mana - mana pihak mengungkitkan kembali dosa yang pernah dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu dengan alasan dia sendiri pun tak tanya soalan tersebut.
Malah ramai yang beranggapan bahawa bekas Perdana Menteri itu juga turut menggunakan alasan 'Bersatu' menghadapi Pilihan Raya Umum sebagai perisai kepada kesalahan dirinya sebelum ini.
“Semua orang banyak dosa, kalau ungkit benda lama ia akan pecah belahkan kita. Kalau kita nak menang, kita bersatu jangan soal tentang perselisihan faham antara kita, fokus kepada objektif kita jatuhkan Najib,” katanya pada forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam hari ini.
Sedangkan semua orang dapat melihat dengan jelas bahawa tindakan bekas Perdana Menteri itu adalah untuk rakyat tidak mengungkit kembali dosa yang telah dilakukan ke atas Si Ketua Penipu tu.
Hakikatnya, tindakan yang dinyatakan oleh Tun Mahathir itu boleh dianggap sebagai 'Matlamat Menghalalkan Cara'. Dia mengharamkan apa yang pernah dihalalkan sebelum ini.
Dia yang tuduh Si Ketua Penipu tu sebagai seorang yang Gila Maksiat, sekarang dia nak cuba tutup dakwaan tu pulak? Nampak sangat yang bekas Perdana Menteri tu cuba menyembunyikan kesalahan dirinya sendiri!!!