HARGA MINYAK PAKATAN SONGSANG!!!

Seperti mana kebiasaan, setiap kali berlakunya kenaikkan harga minyak secara mingguan dibuat, sudah pasti puak Pakatan Haprak tu akan mereka-cipta dakwaan yang bukan - bukan.

Antara alasan yang biasa digunakan oleh puak Pakatan Haprak tu adalah seperti, Kerajaan Zalim nak menganiayai rakyat, Kerajaan sengaja nak tambah beban kos sara hidup dan sebagainya.

Tambah menarik, puak Pakatan Haprak tu mendakwa kononnya kenaikkan harga minyak itu merupakan salah satu taktik yang digunakan oleh pihak Kerajaan untuk "Merompak" rakyat.

Sedangkan hakikatnya, kenaikkan harga minyak itu ditentukan melalui harga pasaran antarabangsa dan ianya ditetapkan oleh Persatuan Pengusaha stesen minyak. Bukannya Kerajaan.

Maka perkara yang sama juga sudah kita jangka berlaku minggu ini. Namun, akibat ketandusan idea nak memburukkan Kerajaan, puak Pakatan Haprak tu mula mendedahkan harga minyak palsu.

Malam semalam, tular di media sosial terutamanya melalui aplikasi Whatsapp mengatakan kononnya harga minyak dipasaran naik lagi minggu ini dan menjadikan harga bahan api itu naik buat kali kelima berturut - turut.

Harga yang ditetapkan melalui mesej yang disebarkan itu mendakwa kononnya harga minyak RON95 naik 10 sen, RON97 naik 7 sen manakala harga minyak diesal pula naik 3 sen.

Walhal harga minyak pasaran bagi minggu ini tiada perubahan kecuali harga minyak diesel yang turun sebanyak 3 sen. Bagi harga minyak RON95 dan RON97 masih kekal seperti minggu lepas.

Maka terbuktilah bahawa puak Pakatan Haprak tu cuba mencipta spekulasi lebih awal dengan menggunakan taktik pre-empting untuk membangkitkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan. Itu menunjukkan yang puak Pakatan Haprak ni dah mula ketandusan idea!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :