JANGAN "GHAIRAH" BILA PAKATAN BERBALAH!!!

Memang tidak dapat dinafikan bahawa gabungan Pakatan Haprak tu pada ketika ini sedang berada dalam keadaan kucar kacir dan sedang berpecah belah. Tetapi itu bukan faktor kemenangan buat UMNO.

Perkara itu turut dinyatakan oleh YAB Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang dengan menegaskan bahawa UMNO tidak boleh berharap kepada perpecahan dalaman pembangkang untuk menang dalam PRU ke 14.

Sebaliknya, Menteri Besar Pahang itu berkata, anggota UMNO perlu mengukuhkan perpaduan dan memastikan semua permasalahan rakyat serta tohmahan yang dilemparkan pembangkang dijawab dengan baik demi kesinambungan pemerintahan Barisan Nasional (BN).
“Kalau pembangkang nak berpecah, itu hal dia dan kita tak usah peduli. Kerja kita adalah untuk kukuhkan parti dan bantu golongan yang perlu kita tolong tidak kira siapa… orang susah, orang muda yang hendak pekerjaan, ibu tunggal dan banyak lagi.
“Mereka di peringkat akar umbi pula perlu bantu jawab isu-isu atau tohmahan di kedai kopi dan sebagainya. Sekarang zaman dunia kelam kelibut… sudah tiada rasa hormat pada orang tua dan pemimpin.
“Benda bohong jadi betul dan benda yang tak betul orang boleh percaya. Ini zaman yang kita kena hadapi sekarang,” katanya semasa berucap pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.
Dalam masa yang sama, MB Pahang itu juga berkata jentera UMNO Pahang sudah berada dalam keadaan siap siaga dan hanya menunggu Perdana Menteri memukul gendang pilihan raya untuk mereka merancakkan kerja menuju ke arah kemenangan.
“Kita juga kena ada mentaliti kemenangan, kena yakin dengan perjuangan. Kalau semuanya kita jawab entahlah atau susahlah, payahlah kita nak menjalankan tugas macam mana nak menang pilihan raya.
“Kita kena ingat kenapa kita masuk parti. Sebab kita hendak berada dan berjuang menegakkan satu jentera yang boleh membina dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.
Sebagai rekod, gabungan Pakatan Haprak tu sehingga ke hari ini masih GAGAL untuk menentukan siapa bakal calon Perdana Menteri mereka dan masih berbalah mengenai pengagihan kerusi kerana masing - masing sibuk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi sendiri!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :