Ramai yang bertanya, apa pentingnya bertanya kepada Tun Mahathir mengenai tuduhan yang pernah dilemparkan terhadap Si Ketua Penipu tu? Apa signifikannya perkara tersebut diungkit?
Dalam jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu mendakwa Si Ketua Penipu tu sendiri pun tidak pernah bertanyakan soalan tersebut kepadanya.
Soalnya, itu bukan jawapan yang dicari oleh mereka yang bertanya. Ssebaliknya soalan yang diajukan kepada bekas Perdana Menteri itu merupakan satu soalan yang mudah untuk dijawab.
Soalannya, sebelum ini Tun Mahathir menuduh Si Ketua Penipu itu sebagai seorang pemimpin yang Gila Maksiat. Adakah tuduhan itu benar atau tidak? Itu sahaja soalan yang diajukan.
Dan jawapan kepada soalan itu cukup mudah. Bekas Perdana menteri itu hanya perlu menjawab YA atau TIDAK sahaja. Tapi kenapa pulak dia perlu pusing satu dunia untuk jawap soalan tersebut?
Malah, bekas Perdana Menteri itu juga sering kali mengulangi jawapan klise bagi menyelamatkan dirinya dari tuduhan yang pernah dilemparkan terhadap Si Ketua Penipu itu.
Acap kali Tun Mahathir mengulangi jawapan kepada pengikut - pengikut Pakatan agar tidak kembali membangkitkan tuduhan yang telah dibuat terhadap Si Ketua Penipu tu. Cerita lama, kata dia.
Sama ada ianya cerita lama atau tidak, sekarang ni orang nak tau pendirian Tun Mahathir. Adakah sebelum ini dia bercakap benar mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap Si Ketua Penipu tu?
Jika YA, bermakna Tun Mahathir benar - benar percaya yang Si Ketua Penipu tu seorang yang Gila Maksiat seperti mana yang ditulis didalam bukunya, Doctor In The House sebelum ini.
Jadi, bagaimana mungkin kita boleh mengangkat seorang pemimpin yang Gila Maksiat untuk memegang tampuk kepimpinan Negara sekiranya mereka berjaya merampas kuasa kelak?
Dan jika jawapannya TIDAK, bermakna Tun Mahathir telah berbohong secara terbuka berhubung tuduhan yang telah dibuat selama ini. Termasuk yang ditulis didalam bukunya itu.
Maka, bagaimana pula kita boleh menerima seorang pemimpin yang telah MENIPU rakyat secara terbuka dan menganiayai keluarga Si Ketua Penipu tu dengan membuat tuduhan sedemikian semata - mata untuk mengekalkan kuasanya sendiri. Itu justifikasinya!!!