Aduhai! Mudah sangat nak jawab dakwaan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PPBM ni. Memang patut sangat la ramai orang melabelkan dia sebagai seorang 'Budak Hingusan' dalam Politik.
Jika sebelum ini, salah seorang Exco Armada membuat kenyataan menafikan kononnya kekecohan yang berlaku sewaktu program Nothing To Hide 2.0 anjuran PPBM itu berpunca dari orang luar.
Sebaliknya, Exco kepada sayap PPBM itu mendakwa kekecohan itu dilakukan dikalangan ahli parti itu sendiri yang menjadikan dia sebagai sasaran, bukannya ditujukan kepada Tun Mahathir.
Namun, kenyataan yang dibuat oleh Exco Armada itu disangkal oleh Ketua Pemuda PPBM yang melabelkan kenyataan tersebut sebagai satu penipuan dan pembohongan secara terbuka.
"Jangan cuba menipu. Kenapa dia sasaran utama? Flare (suar) dibaling ke arah Tun. Kerusi dan kasut pun dibaling jauh ke depan.
"Kalau betul kita nak halang beliau dari tanyakan soalan, kenapa kita benarkan soalan-soalan yang lain yang jauh lebih sensitif. Tun jawab lapan soalan sebelum disabotaj," kata Syed Saddiq dipetik Malaysiakini.
Persoalannya, kalau benar kenyataan yang dibuat oleh Exco Armada itu hanya merupakan satu pembohongan, kenapa Ketua Pemuda PPBM tu tak nak ambik tindakan yang sewajarnya?
Kalau difikirkan secara logik, boleh sangat Budak Hingusan tu nak failkan saman terhadap Exco Armada tu kerana membuat kenyataan palsu dan cuba memburukkan nama baik partinya.
Paling tidak, Ketua Pemuda PPBM tu boleh sangat buat laporan Polis agar pihak keselamatan itu mengambil tindakan. Tapi, kenapa dia hanya setakat berani buat kenyataan media? Takkan nak buat laporan Polis pun dia takut kot!!!