KEDUDUKAN ISTIMEWA AZMIN DIPERTIKAI!!!

Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, Azmin sebagai pengarah pilihan raya gabungan bagi mengukuhkan jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Selain pelantikan Timbalan Presiden PKR itu membangkitkan persoalan mengenai keistimewaannya disisi Tun Mahathir, ia juga turut mengundang kritikan beberapa penyokong PKR.


Seorang penyokong yang dikenali sebagai Awang memuatnaik status di laman sosial Facebook, mempersoalkan pelantikan itu yang dakwanya bakal disalahgunakan Menteri Besar Selangor itu.
"Penentuan calon yang akan bertanding semua terletak di tangan dia," katanya yang memuatnaik status itu 16 jam lalu sehingga berita ini ditulis.
Ekoran kecewa dengan pelantikan itu, Awang juga mengambil keputusan untuk tidak mengikuti perkembangan politik sampai bila-bila.dan meminta rakan-rakannya untuk tidak memberitahunya apa jua berita berkaitan dengan dunia politik.
Status berkenaan juga turut mendapat perhatian dan sokongan terbuka dari beberapa penyokong Pakatan Haprak yang lain. Antara lain, Muhammad Saufi Miad yang turut menyokong tindakan Awang.

Secara keseluruhannya, perlantikan yang dibuat oleh Tun Mahathir terhadap Si Menteri Besar Selangor itu jelas tidak dipersetujui oleh pelbagai pihak walaupun Pakatan Haprak tu mendakwa mereka membuat keputusan secara konsensus!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :