Heh! Nampak gayanya semakin bertambah pening kepala Wan Azizah melihat kemelut yang sedang melanda PKR Kelantan pada ketika ini. Semakin hari semakin bertambah kronik jadinya.
Sudah la mereka sebelum ini engkar arahan rasmi serta merta yang dikeluarkan oleh Biro Politik PKR Pusat agar melepaskan jawatan lantikan dan membuatkan Si Wan Azizah tu seperti Tunggul Kayu.
Sekarang dah timbul pulak isu berkaitan dengan pemecatan Ketua Penerangan parti itu yang didakwa kononnya telah menyalahi peraturan berorganisasi kerana mengeluarkan kenyataan sendiri.
[KETUA KOMUNIKASI PKR KELANTAN DIPECAT!!!]
Kata Pengerusi PKR Kelantan, keputusan untuk memecat jawatan Ketua Penerangan itu dicapai selepas perbincangan yang diadakan diantara kepimpinan parti itu diperingkat negeri.
[KETUA KOMUNIKASI PKR KELANTAN DIPECAT!!!]
Kata Pengerusi PKR Kelantan, keputusan untuk memecat jawatan Ketua Penerangan itu dicapai selepas perbincangan yang diadakan diantara kepimpinan parti itu diperingkat negeri.
"Ya, sebab dia buat kenyataan bukan atas kapasiti peribadi tetapi atas nama Ketua Penerangan PKR Kelantan. Kenyataannya itu seratus peratus silap. Setelah kami bincang dikalangan pimpinan kanan di Kelantan, kami ambil persetujuan merehatkan dia," katanya kepada Antarapos.
Azihan pada 6 Ogos lalu memberitahu bahawa Majlis Pimpinan PKR Kelantan yang bermesyuarat pada 17 Mei dan 5 Jun telah mengambil ketetapan bersetuju menerima keputusan Biro Politik PKR Pusat.
Azihan juga menyenaraikan enam pemimpin PKR Kelantan yang disenaraikan sebagai ahli Majlis Daerah tetapi belum mengangkat sumpah, membuat keputusan untuk tidak berbuat demikian.
Susulan itu, Pengerusi PKR Kelantan kemudian tampil menyangkal kenyataan Azihan, sambil menegaskan bahawa mereka masih belum ada kepastian mengenai peletakan jawatan tersebut.
Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi PKR Kelantan itu membuktikan bahawa mereka engkar seratus peratus dengan keputusan yang telah dibuat oleh Biro Politik PKR Pusat. Itu menunjukkan yang diorang ni benar - benar GILA JAWATAN!!!