MAHFUZ BOW-TIE UCAP "TAKZIAH" KEPADA PAS!!!

Jika sebelum ini, PAS mendakwa DAPigs hanya pandai Melalak tanpa melihat kebenaran disebalik tindakan mereka bertemu dengan pihak 1MDB dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.
Kali ini giliran Si Mahfuz Bow-Tie ni pulak tampil mengulangi Zikir DAPigs yang membuat dakwaan tanpa usul periksa terlebih dahulu pendirian yang telah dikeluarkan oleh partinya itu.

Si Ahli Parlimen PAS Pokok Sena itu mendakwa, partinya telah diperdaya dalam isu 'penjelasan 1MDB'. Rentetan itu, dia hanya boleh menzahirkan ucapan takziah kepada partinya itu.
"Di mana rasionalnya plan rasionalisasi 1MDB yang membuatkan parti saya (Pas) berasa 'puas hati' itu?
"Dalam hal ini, tiada apa yang dapat saya katakan melainkan saya ingin mengucapkan takziah kepada Ustaz Tuan Ibrahim dan parti saya yang terang-terang diperdayakan oleh 'ahli silap mata' sedangkan hakikat sebenar skandal 1MDB ini amat jauh lagi jalan penyelesaiannya," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sebelum ini, pimpinan tertinggi PAS yang diketuai oleh Timbalan Presiden parti telah mengadakan pertemuan dengan Arul bagi mendengar penjelasan daripadanya mengenai isu 1MDB.

Di akhir pertemuan, PAS dilaporkan berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu tersebut dan turut menerima penjelasan mengenai pelan rasionalisasi bagi mengatasi kemelut 1MDB.

Bagaimanapun katanya, Pas melihat ada keperluan untuk parlimen memantau aset 1MDB yang diambil alih Kementerian Kewangan.

Justeru, Mahfuz berkata, dia turut mengucapkan 'tahniah' kepada Arul Kanda dan 'pakar ekonomi' yang turut serta dalam pertemuan meja bulat itu kerana berjaya meyakinkan partinya sehingga rasa berpuas hati dengan langkah-langkah pemulihan 1MDB yang sedang dilaksanakan sekarang.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :