Alahai! Kesiannya dengan Si Mahfuz Bean ni. Tak pasal - pasal je dia hilang kemaluan dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden PKR ni. Mana Si Mahfuz Bean ni nak letak muka?
Jika sebelum ini, Mahfuz merupakan pemimpin pembangkang yang paling lantang mengkritik kepimpinan PAS, terutama di Selangor kerana masih mahu mengekalkan kuasa mereka.
Sebaliknya, Si Mahfuz Bean ni mendakwa, 'parti dia' hanya menjadikan 'Mandat Rakyat PRU-13' sebagai alasan mahu kekal dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor semata - mata.
“Semasa ‘parti saya’ memutuskan hubungan dengan DAP, ‘parti saya’ masih kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor atas hujah Pakatan Rayat masih wujud.
“Ini kerana ‘parti saya’ masih ada hubungan dengan PKR tetapi senario kini hanya yang masih ada kerjasama dari Pakatan Rakyat terdahulu ialah PKR dan DAP sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.
Tapi nampak gayanya, senario yang dinyatakan oleh Si Mahfuz Bean sudah berubah dimana Presiden PKR ni pulak yang terhegeh - hegeh mahu mendapatkan kembali sokongan PAS kepada mereka.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Wan Azizah yang mendakwa kononnya PKR tidak akan menolak sebarang kemungkinan sekiranya PAS bersedia untuk kembali bekerjasama dengan partinya.
Tambah menyedihkan ialah apabila Wan Azizah semalam menyatakan bahawa PKR Kelantan tidak akan melepaskan jawatan lantikan dengan alasan atas rayuan Menteri Besarnya.
Maka persoalannya, dimana letaknya maruah PKR yang dibanggakan oleh pemimpin pembangkang seperti Si Mahfuz Bean ni sedangkan kenyataan yang dibuat oleh Presiden PKR itu membuktikan bahawa mereka merupakan sebuah parti yang tidak bermaruah!!!