MENJAWAB ULASAN MALAYSIAKINI: 3 SEBAB UTAMA

GAMBARAN LUMRAH DI NEGARA BARAT

MENJAWAB ULASAN: Hari ini ini Malaysiakini menyiarkan ulasan ini http://ift.tt/2wdHLiQ .

Secara ringkasnya terdapat 3 punca sebenar isu pengangguran di Malaysia. Lebih kurang serupa di mana-mana negara membangun seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina.

1. Merujuk kepada ulasan-ulasan oleh pegawai-pegawai tinggi di sektor swasta dan kerajaan, kebanyakan siswazah yang baru memasuki pasaran buruh tidak berjaya mendapat pekerjaan kerana mereka Memilih Pekerjaan. Banyak kes, siswazah memiliki Ijazah perhutanan atau pertanian, tidak dapat survive di dalam hutan atau di ladang sawit kerana sudah biasa dengan aircond di bilik kuliah. Ada yang memiliki Ijazah mekanikal engineer apabila ditawarkan di kilang Proton, atau Puspakom, atau JPJ bahagian Engine, tidak berapa lama berhenti kerana tidak dapat menerima hakikat tangan berluur minyak hitam atau asap kenderaan. Mereka berhenti dan mengambil jalan mudah menjual Insurans dan bisnes kecil-kecilan. 

2. Faktor kedua demand tinggi. Alasan mereka memiliki Ijazah atau Diploma dan mereka rasa kelayakan itu patut dibayar setimpal dengan status itu. Walhal, banyak aspek lain lebih penting seperti pengalaman kerja, pengetahuan tentang sesuatu pekerjaan itu, disiplin, perwatakan, general knowledge, cara menyelesaikan sesuatu isu, hubungan dengan masyarakat dan sebagainya. Namun menurut pengalaman, kebanyakan siswazah masih berfikiran kelulusan akademik sebagai tiket untuk mendapat pekerjaan dengan mudah dan bergaji besar.

3. Faktor ketiga malas dan berkira kerja. Fenomena ini berlaku di mana-mana. Seorang consultant perubatan terkejut dengan budaya MO yang baru bekerja, mereka kelihatan mengira kerja, tidak mahu membuat lebih dengan alasan bukan kerja mereka, kerja orang lain. Seorang Pengetua pula terkejut melihat guru baru tidak mahu bekerja lebih sedikit dengan jawapan dia hanya mengajar subjek ini sahaja, dia hanya bekerja sehingga pukul 1pm sahaja. Ini berlaku di mana-mana sekarang, sebilangan yang baru bekerja bersikap mengira, tidak tahan cabaran tetapi mahu bergaji besar. 

Banyak lagi faktor lain, para pembaca boleh kongsikan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :