MOHD AMAR SINDIR MAHFUZ "BOW-TIE"!!!

PAS sangat mengalu-alukan sekiranya terdapat dikalangan wakil rakyatnya yang berhasrat mahu mengambil tindakan dan melompat parti serta menyertai parti Politik lain pada ketika ini.

Naib Presidennya, Mohd Amar berkata, PAS tidak mahu ada pimpinan dan ahlinya yang berada dalam parti dan bersikap seperti “musang berbulu ayam” dengan merosakkan parti dari dalam.
"Yang nak melompat, biar melompat. Kita tak boleh halang. Pandangan saya secara peribadi, dari duduk dalam merosakkan parti, lebih baik keluar.
"(Dengan itu) Parti lebih stabil dan parti senang nak buat keputusan, dibandingkan jika dia duduk dalam dan jadi 'harum manis.'
"Mahfuz lama dah saya bagitahu, lebih baik dia keluar dari PAS," katanya merujuk kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Ketika ditanya kedudukan bekas naib presiden PAS itu yang dilihat tidak seiringan dengan pimpinan dan parti, beliau menjelaskan, Mahfuz sudah lama dinasihatkan supaya meninggalkan parti.

Akhir-akhir ini, timbul spekulasi mengenai beberapa wakil rakyat PAS yang dikatakan berhasrat meninggalkan parti. Mereka yang juga antara tonggak utama parti itu dikatakan lebih mesra dengan Pakatan Harapan.

Kelibat Mahfuz bersama dua Ahli Dewan Undangan (Adun) PAS, Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) semakin menonjol apabila mula menghiasi pentas ceramah Pakatan mengutuk dan mempertikaikan PAS secara terbuka!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :