MSO DAKWA PKR CELARU KERANA AMAL POLITIK MUNAFIK!!!

Penganalisis Politik terkenal, Mohd Sayuti Omar hari ini mendakwa PKR sedang berada dalam kecelaruan kerana parti itu menjadikan Politik Munafik sebagai amalan kebiasaan mereka.

MSO mendakwa, rakyat pastinya serik dan kecewa dengan kenyataan serta ulasan mengenai perkembangan terkini dalam parti PKR yang kian dilanda krisis pendirian sejak akhir - akhir ini.

Menurut pandangan MSO, kenyataan terbaru yang dibuat oleh Rafizi baru - baru ini mendedahkan senario parti Cap Mata itu cukup membimbangkan, terutama kepada Pakatan.
"Perkembangan masam dalam PKR itu menjadikan semangat rakyat yang meluap-luap yang bergerak untuk menjatuhkan kerajaan UBN sedikit terganjat dan boleh membantutkan langkah menumpulkan nafsu.
"Beberapa fakta menggerunkan didedahkan kemudian diikuti dengan cadangan penyelesaian dibuat Rafizi menimbulkan pro kontra di kalangan ahli dan penyokong. Kedua-dua pihak dalam PKR sedang mengasah parang dan akan melakukan perang perdana menjelang Piraum. Sedih.
"Bila kita membaca dan menganalisa apa yang berlaku itu jelas ia adalah pertembungan dari segi mengurus parti dan mencari strategi untuk menang. Pandangan berbeza itulah menjadikan PKR tidak sepadu sehingga jadi retak yang bakal menunggu belah," katanya.
Sebagai rekod, PKR kini sedang dilanda krisis yang menyaksikan salah seorang pemimpinnya meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan pendirian parti yang mahu kembali bekerjasama dengan PAS.

Dalam masa yang sama, MSO juga turut berpendapat bahawa kemelut pendirian yang sedang melanda PKR pada ketika ini sewajarnya diselesaikan secara dalaman, bukan dibuat secara terbuka.

Katanya, apa - apa isu berkaitan dengan pendirian parti sepatunya diselesaikan dalam bilik mesyuarat. Namun, cadangan PKR yang mahu mengadakan Kongres tidak akan menyelesaikan masalah.
"Saya tidak fikir kongres itu dapat menyelesaikan masalah dalam PKR, walaupun ia adalah mekanisme terbaik dan berpelembagaan. Yang penting semua pihak kena meletakan kepentingan parti di hadapan dan tidak menjadikan kuasa dan kewangan sebagai matlamat. 
"Katakan dalam kongres nanti ahli bersetuju mencapai keputusan agar PKR tidak mengadakan hubungan dengan Pas dan hanya membulatkan pakatan dengan PH sahaja? Apakah jaminan boleh diberikan keputusan itu akan diakuri?" soalnya.
Dalam erti kata lainnya, bekas penganalisis Politik PAS itu beranggapan bahawa PKR kini berada dalam krisis kerana sifat pemimpin parti itu yang lebih mengutamakan kepentingan Politik Peribadi mengatasi kepentingan rakyat!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :