NAIB CANCELOR UNISEL KHIANATI AZMIN???

Ketika Unisel, MBI dan Jana Niaga Sdn Bhd diserbu SPRM pada 22 Ogos lalu, Azmin Ali dan rombongannya termasuk COO MBI sedang berada di Zurich. Lawatan pelaburan sambil melarikan diri mungkin.

Ingat siapa Soffan Affendi Aminuddin? Dia adalah orang kepercayaan Azmin dalam syarikat kontroversi DEIG Berhad tahun 2015 yang pernah dibangkitkan YB Budiman dan kini menjadi COO MBI.

Apakah SPRM akan menanti ketibaan COO MBI itu di KLIA sekembali dia dari lawatan pelaburan bersama Azmin Ali nanti? Sama - sama kita nanti debarannya. Manakala di Selangor, tak kurang panasnya.

Di Unisel, paling menarik dalam siasatan SPRM terhadap Prof Dr Mohd Redzuan Othman Naib Canselor UNISEL pada 22 Ogos lalu mengesahkan ini adalah kali ketiga dia disiasat SPRM berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa MBI dan Unisel itu.

Ya! Prof. Dr Redzuan Othman mengakui tidak pernah terkejut dengan kedatangan enam orang pegawai dari SPRM ke pejabatnya dan memberitahu ia adalah siasatan bagi satu kes lama.
“Ini adalah kes lama yang tidak melibatkan saya. Ia berlaku pada tahun 2013, 2014 yang lalu. Jadi saya tidak kisah sangat.”
Apa yang pasti ketika Azmin Ali dan Soffan Affendi di Zurich, YM Shahreen di Mekah, Dr Redzuan membalun Menteri Besar Selangor itu “kaw kaw” tentang salah guna kuasa dan penyelewengan.

Hampir dua jam ‘membalun’ Azmin dan MBI agaknya apa info siasatan yang diperolehi?Redzuan amat konsisten dengan suratnya sebelum ini kepada YM Shahreen CEO MBI untuk tidak menyalahkan UNISEL.

Tetapi, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa wujud kebarangkalian Prof Redzuan dan budak - budaknya yang mendedahkan semua dokumen berkaitan kes tersebut kepada SPRM.

Yang menjadi persoalannya ialah kenapa Exco Pendidikan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad membuat kenyataan bahawa Unisel dan Jana Niaga tidak punya sebarang kontrak buat masa ini?

Terdedahnya salah guna kuasa dan rasuah Unisel dan MBI ini apakah akan membuka kisah Soffan Affendi yang juga adalah COO kepada Darul Ehsan Investment Group (DIEG) kontroversi 2015?

DEIG yang disahkan SPRM Selangor sebelum ini katanya bakal dibuka selepas penemuan bukti-bukti baru mengenai salah gunakuasa dan rasuah dari pegawai yang sama. Pasti pendedahan itu akan memanaskan lagi bontot Si Azmin Ali sekembalinya dia dari Zurich!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :