NURUL IZZAH BERHAJAT MEREFORMASIKAN SARAWAK

Setelah mereka berjaya me-Reformasi-kan Tun Mahathir agar turut serta menyokong perjuangan membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara, kini Si Nurul Izzah tu nak mereformasikan Sarawak pula.

Katanya, kunjungan Naib Presiden PKR itu ke Sarawak jelas menunjukkan komitmen Pakatan Harapan untuk mereformasikan negeri ini demi memartabatkan masa depan rakyat yang lebih baik.

Secara IRONIKnya, Nurul Izzah mendakwa dia tidak mahu melihat usaha Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang mahu menghentikan eksploitasi Kerajaan Pusat terhadap negeri itu tidak dapat dicapai.
"Pakatan Harapan mahu mempertingkat intergrasi nasional antara Sarawak, Sabah dan semenanjung melalui pengemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil.
"PKR sendiri sudah lama menyuarakan bahawa royalti ke atas petroleum dan sumber-sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dinaikkan dari lima peratus kepada 20 peratus," katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan yang diluahkan oleh Si Nurul Izzah tu dilihat jauh berbeza dari pendirian yang dibuat oleh puak Pakatan Haprak sewaktu zaman Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebelum ini.

Pada ketika era bekas Ketua Menteri Sarawak itu masih hidup, puak Pakatan Haprak tu sibuk menghentam pentadbiran dibawah pimpinannya dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang bukan - bukan.

Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah itu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak ni terdiri dari golongan mereka yang lansung tidak berpendirian.

Malah, demi memastikan kepentingan Politik Peribadi mereka dapat dijaga, mereka sanggup memperalatkan orang lain sesuka hati. Tindakan yang tidak beretika ini termasuk la mempergunakan nama orang yang sudah meninggal dunia sekali pun!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :