OTAI PKR SOKONG PAKATAN TAPI BERSYARAT PULAK!!!

Heh! Nampak gayanya, gerakan Otai PKR ni pun terdiri dari kalangan mereka yang tak berpendirian juga. Tapi tak heran la bila pemimpin kesayangan diorang pun macam tu juga perangainya.

Jika sebelum ini, geng Otai PKR itu membuat pendirian menolak kepimpinan Tun Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Haprak dan mendesak agar bekas Perdana Menteri itu dikenakan tindakan.

Antara lain, geng Otai PKR itu mendesak agar Pakatan Haprak menubuhkan Suruhanjaya Keadilan bagi mengadili segala kesalahan yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Selain itu, geng Otai PKR itu juga turut membuat desakan agar mana - mana pemimpin yang tidak bersetuju dengan pendirian tersebut melepaskan jawatan mereka secara serta merta.

Namun, pendekatan terkini yang diambil oleh geng Otai PKR itu nampak gayanya sudah berubah apabila Si Ketua Penipu tu sendiri tampil dengan 'Fatwa' khusus bagi menerima kehadiran Tun Mahathir.

Kali ini, geng Otai PKR itu mendakwa bahawa mereka tetap menyokong Pakatan Haprak tu bagi menunjukkan yang gerakan itu Inklusif, Terbuka dan memberi peluang kepada semua pihak.
"Kerjasama secara teknikal perlu diperhalusi. Kita terbuka, inklusif dan menerima semua pihak. Namun ia perlu diperhalusi dan bersyarat. Kerjasama itu bukan yang mutlak atau sesuka hati, ia perlu dibatasi dengan beberapa had kuasa," katanya.
Walaubagaimana pun, pendirian terbaru itu tetap juga tidak menyatakan sama ada mereka menyokong atau kekal menolak kepimpinan Tun Mahathir sepertimana yang dinyatakan sebelum ini.

Jika dilihat dari satu sudut, 'Sokongan Bersyarat' yang dinyatakan oleh geng Otai PKR itu memberikan gambaran seolah - olah mereka masih tidak menerima Tun Mahathir sebagai pemimpin.

Sekiranya benar anggapan itu, bermakna 'Fatwa' yang telah dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini jelas tidak memberi kesan kepada geng Otai PKR tu sendiri. Diorang masih lagi menganggap Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin Diktator yang Zalim!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :