PAS BERIKRAR "RAMPAS" KAWASAN HUSAM!!!

Berdasarkan gerak kerja dan kekuatan jentera PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor, parti itu yakin mampu mengambil semula kerusi Salor yang dilarikan wakil rakyatnya.

Lebih - lebih lagi, kata mereka, berdasarkan kepada culaan dan info dari jentera Pilihan Raya DUN, ahli dan penyokong Parti Amanah Negara (PAN) itu di Salor hanya sekitar 500 orang sahaja.

Sedangkan majoriti yang dimenangi PAS di DUN Salor pada Pilihan Raya Umum yang lepas ialah sebanyak 3,683 undi mengatasi Datuk Mohd Noordin Awang yang mewakili Barisan Nasional.

Penyelia PAS DUN Salor, Ibrahim Isa berkata berpandukan kepada perkembangan itu, PAS DUN Salor yakin mampu mengembalikan maruah pengundi pada pilihan raya umum akan datang.
“Kekuatan dan kesepaduan PAS di sini sekarang sudah jauh berubah berbanding ketika peringkat awal perpecahan PAS dua tahun lepas. Tugas kita berdepan dengan Umno dan BN biarpun PAN boleh mengurangkan undi kita,” katanya di Kota Bharu.
Tambahnya lagi, walau pun pada ketika ini PAN dilihat kuat kerana memiliki sebuah bangunan, namun penyokong PAS mulai mempertikai hasil titik peluh diseleweng kepada parti lain.

Sebagai rekod, pada ketika ini Husam Musa masih lagi merupakan ADUN Salor biarpun bekas Exco Rejim PAS Kelantan itu telah meninggalkan parti tersebut untuk menyertai PAN.

Sebelum itu, Husam kerap kali tampil dengan kenyataan yang mengecam kepimpinan PAS Pusat serta mengkritik Rejim parti itu di Kelantan secara terbuka diatas pentas ceramah PAN.

Malah ramai yang berpendapat, bekas Exco Rejim PAS Kelantan itu bertindak sedemikian kerana kecewa tidak dapat menjadi Menteri Besar dan hilang jawatan sewaktu pemilihan parti itu sebelum ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :