PAS TAK SERIUS, PKR JE TERHEGEH - HEGEH!!!

Itu sahaja gambaran yang dapat diberikan kepada PKR yang kian terdesak mahu mendapatkan kembali sokongan dan dokongan PAS menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Perkara itu sudah cukup jelas ibarat 'Sudah Terang Masih Bersuluh'. Jadi, tak heran la bila rakan sekutu PKR mempersoalkan tindakan parti itu yang mahu berbaik - baik semula dengan PAS.

Kepimpinan PAS jelas tidak serius untuk menyambut kembali tali perhubungan yang dihulurkan oleh PKR bagi mewujudkan semula kerjasama Politik yang telah diputuskan sebelum ini.

Sebaliknya, parti itu kekal beristiqomah dengan keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan mereka untuk memutuskan hubungan kerjasama Politik diantara kedua - dua parti itu.

Alasan PAS cukup kukuh. Bagaimana mungkin mereka dapat kembali bekerjasama dengan PKR sedangkan parti itu acap kali membuat dakwaan kononnya PAS bersekongkol dengan UMNO?

Malah, PKR juga masih lagi menganggap PAS sebagai sebuah parti yang telah mengkhianati Pakatan sebelum ini melalui tindakan - tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu.

Maka atas dasar itu, PAS membuat pengumuman mahu bertanding dikerusi Parlimen serta DUN yang dikuasai oleh Pakatan, termasuk kerusi yang ketika ini masih lagi disandang oleh PKR.

Secara tidak lansung, pendirian PAS itu tidak disenangi oleh pucuk pimpinan PKR, terutama sekali Presiden parti itu sendiri yang cukup kecewa dengan keputusan yang telah dibuat.

Malah, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Presiden PKR itu masih tetap memegang kepada dakwaan kononnya PAS mahu memberi kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Begitulah IRONIKnya kepimpinan PKR ni. Diorang dah sedar yang diorang akan dimainkan oleh PAS. Tetapi kenapa mereka masih terhegeh - hegeh nak mendapatkan sokongan dari parti itu?

Apa yang jelas, PKR pada ketika ini masih lagi berada dalam keadaan yang cukup terdesak sehingga memaksa parti itu MENIPU diri mereka sendiri bagi mendapatkan semula sokongan dari PAS sedangkan mereka tahu, yang PAS tidak serius untuk menjalinkan kerjasama!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :