Program jelajah 'Jom Bina Semula Negara' anjuran Invoke akan menemui rakyat hari ini.
Pengasas Invoke Rafizi Ramli yang juga Naib Presiden PKR akan bersama para pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri di pentas ceramah di Kuala Kedah yang bermula pada jam 9 malam.
"Saya bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan akan berada di Kuala Kedah sempena kempen Jom Bina Semula Negara pada hari Jumaat, 11hb Ogos 2017.

"Saya jemput semua warga Kuala Kedah untuk bersama memeriahkan program ini," kata Rafizi di laman web rasmi Invoke.
Program ceramah itu akan berlangsung di No. 52A, Pusat Perniagaan Kota Jaya, Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Di samping Rafizi turut dijadual berceramah ialah Pengerusi PKR negeri Dr Azman Ismail, Pengerusi Amanah negeri Datuk Dr Ismail Salleh dan wakil DAP Kedah Tan Kok Yean.
Penceramah lain ialah Asmirul Anuar Aris dan Zuraini Kamal.
Pada jam 4 petang hari yang sama, Invoke akan menemui penduduk Alor Setar di Dataran Keadilan KPU, Jalan Sultanah Sambungan.
Antara tokoh politik yang dijadual hadir ialah ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah.
Related Posts :
Audio pengakuan Pas terima duit Umno mula tersebar
MALAYSIA DATELINE
Audio rakaman berdurasi 2.3 minit dikesan mula tersebar.
Sebahagian audio rakaman yang didakwa menjadi bukti p… Read More...
Baru Bian Gagal : Mahkamah Sivil Tidak Boleh Bicara Kes Murtad AIDCNews
Firma guaman Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian gagal membawa kes empat orang muslim yang mahu murtad ke mahkamah sivil apabi… Read More...
Maria Chin Sertai PKR Untuk Tanding PRU 14AIDCNews
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dijangka meletak jawatan dalam tempoh dua minggu lagi dan menyertai PKR untuk ber… Read More...
AMANAH buat kajian, culaan letak calon di Marang bukan menujumMALAYSIA DATELINE
AMANAH Negeri Terengganu menempelak Timbalan Pesuruhjaya Pas II TerengganuDr Alias Razak kerana menujum jangka h… Read More...
Muhyiddin Kecewa Jentera Pakatan Harapan Bergerak Tanpa Hala Tuju February 26, 2018 AIDCNews1 Comment AIDCNews -26/02/18 –Pengarah Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin kecewa dengan jentera PH di seluruh negara yang dilaporkan bergerak tanpa hala tuju dan gagal membuktikan sokongan rakyat terhadap gabungan pembangkang itu. Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara Selangor, Jaafar Samsudin dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Wanita Amanah Selangor semalam. “Tanpa bukti, dan kerja ini kita buat, kita bergerak, kita menjalankan kerja pilihan raya dalam keadaan tanpa haluan tuju dan bukti yang mengatakan kita mendapat sokongan. “Baru-baru ini dalam Mesyuarat Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia yang dipengarahkan oleh Tan Sri Muhyiddin, memohon pihak Pakatan Harapan menunjukkan kedudukan cula di tiap-tiap negeri di seluruh negara, sama ada SFERA-nya atau report-report yang lain, Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia tidak dapat menunjukkan kedudukan sokongan kita di seluruh Parlimen, 222, yang menyebabkan Tan Sri Muhyiddin berasa kecewa dan amat terperanjat,”kenyataan Jaafar dipetik.… Read More...