PULAK DAH!!! PKR KELANTAN TUNGGU ARAHAN RASMI PULAK!!!

Aduhai!!! Makin hari makin hilang kemaluan Si Wan Azizah tu dibuat dek pemimpin PKR ni. Nampak sangat yang diorang ni tak akur dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Presiden parti itu.

Kalau sebelum ini, timbul persoalan dikalangan rakyat, kenapa sehingga ke hari ini pemimpin PKR di Kelantan masih belum melepaskan jawatan lantikan Rejim PAS di negeri itu.


Bahkan perkara itu menjadi satu tanda tanya dikalangan ahli serta pengikut - pengikut mazhab Pakatan Haprak tu sehingga ianya menjadi pertikaian yang menimbulkan kecurigaan.

Namun, alasan terkini yang dikeluarkan oleh pemimpin PKR Kelantan itu ialah mereka masih belum menerima sebarang 'Arahan Rasmi' dari pucuk pimpinan PKR Pusat berhubung isu tersebut.
“Ia berikutan ada arahan yang belum dikeluarkan secara rasmi. Apa-apa arahan yang akan diumumkan pihak Majlis Pimpinan Negeri, akan kami akur dan bertindak segera," jelas Pengarah Komunikasi PKR Kelantan.
Pulak dah!!! Rasanya dah banyak kali Si Wan Azizah tu keluarkan 'Arahan Rasmi' mendesak agar pemimpin PKR Kelantan ni melepaskan jawatan lantikan mereka. Diorang nak tunggu arahan rasmi menda lagi?

Bukan ke bulan Mei yang lalu, mesyuarat Biro Politik PKR Pusat dah buat ketetapan mendesak agar pemimpin parti itu di Kelantan melepaskan jawatan lantikan mereka secara serta merta?


Kemudian mereka diberi peluang untuk menguruskan beberapa perkara dan tarikh akhir untuk melaksanakan arahan serta merta itu diberikan sehingga penghujung bulan Jun yang lalu.

Kali terakhir PKR memberikan 'Arahan Rasmi' kepada pemimpin mereka di Kelantan adalah pada bulan Julai bagi memberikan ruang kepada mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sekarang dah bulan Ogos. Diorang nak tunggu 'Arahan Rasmi' apa lagi? Nampak sangat yang pemimpin PKR Kelantan ni lebih sayangkan jawatan serta kedudukan mereka sehingga sanggup menjadikan Si Wan Azizah tu sebagai Tunggul Kayu yang bernyawa!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :