RAFIZI BERJAYA KUTIP DERMA RM 1.5 JUTA!!!

Kesian Si Rafizi ni ya. Takde lansung pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu yang sudi tampil nak tolong dia bayar saman fitnah yang telah dikenakan terhadap dirinya sebelum ini.

Kalau nak suruh buat fitnah, semua orang suruh dia. Tapi bila dia dikenakan hukuman dan terpaksa membayar denda sebanyak RM 300 ribu kepada NFCorp, takde sekor pun pemimpin Pakatan yang bantu.

Maka terpaksa la Si Rafizi tu jadi peminta sedekah demi menabung duit saman fitnah yang telah dilakukan. Itu pun katanya, Si Rafizi tu berjaya mengutip derma sebanyak RM 1.5 juta lebih.

Si Rafizi tu mendakwa yang dia berjaya mengutip sebanyak RM1,585,014.49, iaitu lima kali ganda daripada jumlah yang sepatutnya dibayar. Sumbangan itu katanya diterima daripada pelbagai pihak.
"Daripada 5,135 orang penyumbang, 1,575 merupakan orang Melayu, 2,903 Cina, 348 ialah orang India, 40 bumiputera Sabah dan 91 ialah bumiputera Sarawak.
"Lebih kurang 2,300 orang penyumbang tidak diketahui memasukkan wang ke mesin deposit tunai yang kami tidak dapat kenal pasti mereka," tambah beliau.
Kiranya, berjaya juga la Si Rafizi tu kutip derma ya tak. Setidak - tidaknya, dia berjaya mengheret semua penderma tu untuk menanggung dosa fitnah yang telah dilakukannya sebelum ini.

Tapi, belum pasti lagi betul ke tidak Si Rafizi tu berjaya kutip derma sebanyak itu. Al-maklum la, dia kan seorang yang suka menabur fitnah. Jadi, mana kita tau betul ke tidak kenyataan yang dibuat.

Waima dia berjaya kutip sebanyak 1 billion sekali pun dan berjaya mengheret sejuta rakyat Malaysia untuk menderma, ianya tidak dapat menafikan hakikat bahawa Si Rafizi tu seorang Penabur Fitnah yang memang tidak boleh dipercayai!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :