RAFIZI JADI "PUNCHING BAG" KARTEL AZMIN!!!

Heh! Kesian betul tengok nasib yang menimpa Si Rafizi sejak akhir - akhir ni. Sudah la dia terpaksa menghadapi pertuduhan menabur fitnah terhadap Pengerusi NFCorp secara berseorang.

Kemudian dia pulak terpaksa menghadapi hukuman penjara kerana mendedahkan isi kandungan dokumen siasatan PAC ke atas 1MDB tanpa bantuan dari pemimpin PKR.

Maknanya, sebijak - bijak Si Sotong ni mengatur gerak langkah untuk menjahanamkan Barisan Nasional, akhirnya dia jadi bahan belasahan pemimpin dalam parti dia sendiri je rupanya.

Sekarang, dia pulak jadi bahan belasahan pemimpin - pemimpin Pro Kartel Azmin hanya semata - mata kerana memberi cadangan supaya PKR mengadakan Kongres Khas Kebangsaan.

Sebelum ini, "Pakar Strategi PKR" tu tampil dengan idea yang cukup bernas bagi menangani konflik dalaman parti berkaitan dengan pendirian PKR berhubung kerjasama Politik dengan PAS.

Namun, cadangan Si Rafizi itu memakan diri apabila dia "diserang" secara terang - terangan melalui laman media sosial oleh pemimpin - pemimpin yang dilabelkan sebagai Kartel Azmin.

Terdahulu, Si Rafizi tu diserang oleh Si Tipah Koyak melalui status yang telah dimuat-naik ke laman Facebook peribadi milik Peguam PKR itu secara bertubi - tubi dengan pelbagai dakwaan.

Si Rafizi itu juga turut diberikan amaran secara terbuka oleh Timbalan Presiden PKR yang mengingatkan Ahli Parlimen Pandan itu supaya tidak membawa isu dalaman parti kepada pihak media.

Tak ketinggalan juga pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Pusat yang mendakwa kononnya Si Rafizi tu sering kali ponteng dari menghadiri mesyuarat Biro Politik parti.

Kesemua serangan terhadap Si Rafizi itu dilihat berpunca dari pendirian PKR yang 'Ghairah' mahu mewujudkan semula kerjasama Politik dengan PAS bagi menghadapi PRU ke - 14.

Keghairahan terkini pemimpin parti itu jelas telah mencetuskan kekecohan secara dalaman sehingga mengakibatkan ada pemimpin PKR yang meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.

Dari satu sudut, serangan yang ditujukan kepada "Pakar Strategi PKR" itu seolah - olah sengaja dicipta bagi menyembunyikan agenda sebenar Kartel Azmin yang mahu menjaga kepentingan Politik mereka sendiri.

Kartel Azmin tu jelas tergugat apabila 'Bos' mereka tersalah langkah menyatakan bahawa PKR bersedia untuk mewujudkan kembali hubungan kerjasama Politik dengan PAS tanpa Pakatan.

Hakikatnya, pendirian terbuka yang dinyatakan oleh Si Azmin itulah punca kepada kecurigaan Pakatan terhadap PKR yang disifatkan hanya mementingkan diri mereka sendiri.

Maka, untuk menutup kemaluan 'Bos' mereka yang sudah terdedah kepada umum dari terus diserang oleh rakan sekutu dalam Pakatan, Kartel Si Azmin ni mula menyerang Rafizi dan menjadikan Si Sotong tu sebagai bahan belasahan mereka!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :