Apa yang dilakukan menteri kabinet ketika berlaku peristiwa Memali pada 1985 dan skandal tukaran wang asing (forex) pada sekitar 1990-an, soal laman Facebook Mukhriz Mahathir FC hari ini.
Ia berikutan cadangan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membongkar peristiwa Memali selepas suruhanjaya sama ditubuhkan untuk menyiasat kerugian Bank Negara.

“Semua salah Tun? Selepas RCI forex, RCI Memali pula akan dibuat. Makin pelik dan agak jelik tindakan dari pimpinan kerajaan sekarang ni.
“Kedua-dua tu salah Tun seorang saja. Bukan salah kerajaan, jemaah menteri, menteri dalam negeri, Bank Negara, IGP, PDRM dan lain-lain.
"Kalau macam tu, apa menteri dan yang lain-lain buat pada waktu tu? Makan gaji butakah?"soal laman berkenaan.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sedia
mempertimbangkan penubuhan RCI bagi menyiasat insiden yang mengakibatkan 18 terkorban di Memali, Baling Kedah pada tahun 1985.
Susulan itu PAS turut
menubuhkan jawatankuasa khas bagi membela nasib mangsa Memali dan bercadang membawa waris mangsa tragedi itu bertemu Zahid.
Hari ini Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mengetuai RCI forex hari ini pula "membuat kesimpulan" bahawa Bank Negara kerugian sekurang-kurangnya RM31.5 bilion antara tahun 1991 hingga 1994.
Mahathir menjadi perdana menteri ketika kedua-dua peristiwa itu berlaku.
“Apakah selama 22 tahun ayahanda Tun mentadbir, buat kerja seorang-seorang saja.
“Bila Umno berjaya di zaman Tun, dikatakan itu kejayaan Umno.
"Bila Umno cetus kontroversi, dikatakan itu hanya kesalahan Tun,” kata laman Facebook Muhkriz FC.
Related Posts :
"BERHENTI GANGGU KETENTERAMAN RITA" - IZREEN NAFI 'LARI'
Dek kerana tindakan kawan baiknya, Izreen Azminda, 33, menutup fungsi komen dan menyahaktif Instagram, pelakon Rita Rudaini telah membuat l… Read More...
KRISIS AIR: MAK LAMPIR TADAH AIR BUKIT!!!
Wah!!! Senang betul kerja Si Mak Lampir ni jadi Ahli Parlimen dan juga wakil rakyat ya. Bila kes takde air, pandai pulak dia suruh rakyat … Read More...
Pas bercakap pasal Islam, soal membangun bersama Islam, tapi tidak mencerminkan langsung pimpinan Islam (VDO)
Tindakan Majlis Daerah Pasir Puteh membawa jentolak untuk merobohkan Pasar tempatan telah menimbulkan ketegangan dan kemarahan par… Read More...
PAS MENYESAL TOLONG AZMIN JADI MB!!!
Selama hari ini, Si Azmin Ali tu kerap mendabik dada membanggakan diri kononnya dia seorang pemimpin yang hebat. Tapi hakikatnya, Si Azmin … Read More...
MOHON PADAM 'BIGO' - FATHIA TAK MAHU GENERASINYA TONTON
"Saya mohon kepada sesiapa yang ada memuatnaik video live Bigo itu, saya minta untuk padam rakaman tersebut.
<< BERITA & GAMBA… Read More...