Wow! Hebatkan. Tanpa buat sebarang kaji selidik atau pun siasatan, bukan main cepat je PKR mengambil tindakan terhadap salah seorang pemimpin mereka kerana menuduh Si Ketua Penipu tu.
Bayangkan. Takde sebarang aduan pun dibuat. Laporan kepada pucuk pimpinan parti pun takde. Tapi PKR dengan pantas mengambil tindakan terhadap Bekas Ahli Parlimen Kapar ni.
IRONIKnya, perkara sedemikian tidak berlaku sewaktu pemilihan PKR sebelum ini dimana pelbagai aduan dan laporan berkaitan salah laku dibuat oleh ahli parti tersebut diperingkat akar umbi.
Namun sehingga ke hari ini, PKR masih tidak mengambil tindakan terhadap laporan serta aduan yang dilakukan. Sebaliknya, semua aduan dan laporan tersebut hanya dibakul sampahkan.
Tapi berbeza apabila S. Manickavasagam hari ini digantung keahliannya di dalam PKR selepas didapati membuat tuduhan terhadap Ketua Umum parti itu yang diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR.
Manickavasagam sebelum ini mendakwa dirinya tidak dicalonkan parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu selepas Anwar menerima bayaran hampir RM400,000 dari seseorang individu.
"Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Biro Politik pada 1 Ogos 2017 telah membuat keputusan bahawa status keanggotaan saudara digantung bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa mulai dari tarikh surat ini dikeluarkan disebabkan tindakan saudara seperti berikut;
"Memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima wang RM300,000 hingga RM400,000 daripada OMS Thiyagarajan bagi tujuan tidak mencalonkan diri saudara (calon Parlimen Kapar) dalam satu ucapan yang diberikan di Kuil Sri Balathandayuthapani Kapar pada 8 April 2017," demikian memetik notis tersebut.
Menerusi notis itu juga dimaklumkan segala jawatan yang dipegang Manickavasagam di dalam parti dilucutkan. Manickavasagam merupakan Pengerusi Biro Kemasyarakatan & Aduan Rakyat PKR.
Manickavasagam bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan terhadap Majlis Pimpinan Pusat (MPP). OMS Thiyagarajan yang dirujuk Manickavasagam sebagai seorang penyokong kuat PKR dan Anwar dan pernah diura-urakan sebagai calon kerusi parlimen di Selangor pada PRU13.