Hamizura mendedahkan perkara itu di Facebook dengan berkata "ya" sebagai respons kepada soalan sama ada bercadang untuk keluar selepas berkongsi kenyataan rasmi PPBM mengenai peletakan jawatan kakaknya.
PETALING JAYA: Adik perempuan Datuk Hamidah Osman, naib presiden PPBM yang mengumumkan keputusan keluar parti itu semalam berkata, beliau juga akan mengambil langkah yang sama.
Hamizura Osman mendedahkan perkara itu di laman Facebook dengan berkata “ya” sebagai respons kepada soalan sama ada bercadang untuk keluar selepas berkongsi kenyataan rasmi PPBM mengenai peletakan jawatan kakaknya semalam.
“Ikut sekali,” kata Hamizura apabila ditanya sama ada beliau akan meninggalkan parti itu.
Hamizura juga berkata beliau tidak akan menyertai semula Umno atau PKR, yang merupakan komponen Pakatan Harapan (PH) bersama PPBM.
“Insya-Allah, saya tidak akan membuat U-turn,” kat beliau.
Pada 13 September, Hamizura mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan berbaur perkauman menerusi Facebook.
Beliau memohon maaf pada hari yang sama selepas kenyataannya menarik komen dan kecaman daripada beberapa pemimpin parti dan anggota gabungan PH.
Sekiranya Hamizura meninggalkan parti itu, beliau akan menjadi ahli ke-3 berbuat demikian dalam masa yang singkat selepas Hamidah dan bekas ketua majlis tertinggi, Anina Saadudin.
Semalam, Anina mengumumkan beliau keluar parti yang telah membantu menubuhkannya tahun lalu sambil mendakwa beliau telah dianiaya oleh PPBM.
Beliau antara lain mendakwa telah dikeluarkan dari kumpulan WhatsApp tanpa sebarang pemberitahuan dan tidak dijemput ke majlis sambutan ulang tahun pertama PPBM 9 September lalu.
Related Posts :
Dr Mahathir ketuai PH tidak disenangi penyokong pembangkang, dakwa akhbar Umno Majoriti peserta yang hadir dalam Forum ‘Mahathir Ejen Perubahan atau Ejen Pemusnah’ anjuran Kelab Bangsar Utama melahirkan kekecewaan dan… Read More...
MCA persoal Pulau Pinang di bawah DAP lebih banyak bantu MelayuDAP tidak lagi mengamalkan slogan 'Malaysian Malaysia', dan juga komponen paling lemah dalam Pakatan Harapan, kata MCA. MCA menyelar DAP ya… Read More...
Tinjauan Invoke Berat Sebelah? Seorang pensyarah dari Universiti Utara Malaysia hari ini meluahkan keraguan terhadap penemuan terbaru kajian Invoke yang berkaitan dengan… Read More...
Pesan Fasha Sandha kepada pengikut Instagram-nya Siapa pengikut Instagram Fasha Sandha, ni ha nasihat untuk korang terhadap apa yang selalu di post oleh Fasha/ “Itu Instagram saya, jadi te… Read More...
RAFIZI MERAYU RAKYAT TANGGUNG HUTANG DIA!!! Bahana kerana suka sangat menabur fitnah, sekarang Si Rafizi tu mula menggelupor biawak nak mintak agar rakyat sama - sama menanggung hutan… Read More...