Masih terngiang - ngiang lagi dihujung teliga apabila Si Guan Eng ni pada suatu ketika dahulu pernah mendabik dada mengeluarkan kenyataan sombong berhubung isu banjir di Pahang.
Masa tu, Si Guan Eng ni dilihat seolah - olah cuba nak mencabar kuasa tuhan dengan mendakwa kononnya dia mampu menyelesaikan masalah banjir yang melanda Negeri Pahang.
Antara lain, Si Guan Eng tu mendakwa kononnya dia mampu menyelesaikan maslaah tersebut sekiranya DAPigs diberi peluang untuk menguasai Putrajaya dalam tempoh sepenggal.
Syukur Alhamdulillah. Sekarang Si Guan Eng tu dah nak masuk DUA PENGGAL menguasai Rejim pentadbiran Pulau Pinang. Tapi malangnya, masalah banjir kilat yang melanda negeri itu masih GAGAL diselesaikan.
Sebaliknya, isu banjir kilat yang melanda Pulau Pinang itu semakin bertambah buruk tahun demi tahun Si Guan Eng itu memerintah. Kenapa dia tak mampu nak selesaikan juga masalah tersebut?
Pertama, Si Guan Eng tu cuba membuat tuduhan kononnya Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional cuba sekat peruntukan dana bantuan kepada Rejim DAPigs yang dipimpinnya.
Tapi dakwaan itu dijawab dengan jelas apabila jumlah peruntukan sebanyak RM 22.09 juta telah disalurkan kepada Rejim DAPigs Pulau Pinang bagi membiayai projek tebatan banjir didedahkan.
Kedua, Si Guan Eng tu cuba nak salahkan rakyat kerana sering membuang sampah merata - rata sehingga menyebabkan saluran air longkang tersumbat. Penyudahnya, rakyat juga yang bersalah.
Dan yang terakhir, baru la Si Guan Eng tu nak mendakwa banjir kilat itu berlaku kerana ianya kuasa tuhan dengan menyatakan paras air naik mendadak dengan hujan lebat luar biasa.
"Daripada 74 peratus, air dalam empangan jadi 94 peratus dan ini sangat mengejutkan kerana menunjukkan volum air yang sangat banyak," katanya kepada pemberita.
Itulah IRONIKnya pemimpin DAPigs yang sorang ni. Sekarang, nampak sangat yang Si Guan Eng tu sedang menerima khifarah diatas keangkuhan dirinya sendiri. Bayangkan, dengan Tuhan pun dia sombong. Apatah lagi dengan kita manusia ni!!!