Ambiga: Pihak mempunyai kuasa ada agenda kekalkan rakyat miskin

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, kemiskinan dan politik perkauman adalah agenda dirancang dengan baik supaya sesetengah pihak kekal berkuasa ke atas rakyat.
Ambiga-Sreenevasan-poor2KUALA LUMPUR: Peguam dan aktivis hak asasi manusia, Datuk Ambiga Sreenevasan mendakwa sesetengah pihak yang mempunyai kuasa di Malaysia, sengaja mengekalkan rakyat miskin untuk meyakinkan mereka perlu bergantung kepada golongan pemerintah.
“Apabila anda miskin, anda mudah ketakutan dan mereka yang berkuasa mudah mengekalkan kuasa dengan memberitahu anda perlu bergantung kepada mereka dengan memberikan bantuan sekali-sekala,” katanya.
Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada 1971 sebagai program tindakan afirmatif bertujuan mengeluarkan orang Melayu daripada kemiskinan, masih ada ramai orang Melayu yang bergelut mencari rezeki.
“Kenapa masih ada kemiskinan di kalangan orang Melayu? Ramai daripada mereka masih sangat miskin.
“Mereka miskin kerana ia sejajar agenda sesetengah pihak untuk kekalkan mereka dalam keadaan itu,” katanya ketika berucap dalam forum “Envisioning the Future Beyond GE14” hari ini.
Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu berkata, orang Melayu bukan satu-satunya kaum yang miskin kerana Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Orang Asal di Sabah serta Sarawak juga terjejas disebabkan pihak yang berkuasa tidak mempedulikan nasib mereka.
Katanya, politik perkauman juga adalah agenda yang dirancang secara teliti.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: