Wah! Mulia sungguh jiwa Si Menteri Besar Selangor ni sehingga dia sanggup menyerahkan kerusi PKR kepada PAN dan juga PPBM bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Azmin selaku Timbalan Presiden PKR sewaktu ditanya oleh pihak media berhubung isu pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu baru - baru ini.
Kata Si Azmin, PKR bersedia untuk membuat pertimbangan mengenai perkara tersebut sebagaimana yang pernah dilakukan oleh DAPigs dan PAS pada suatu ketika dahulu kepada PKR.
"Semasa kita bertanding pada 1999, kita tiada kerusi. Namun DAP dan PAS berbesar hati menyerahkan beberapa kerusi kepada kita. Jadi atas semangat kerjasama PH, saya kira kita akan pertimbangkan beberapa permintaan oleh Amanah dan PPBM," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Malaysia Baru di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, petang tadi.
Tapi IRONIKnya, Si Azmin Ali tu juga yang beria - ia nak mengadakan rundingan dengan PAS berkaitan isu pengagihan kerusi diantara PKR dan PAS tanpa melibatkan parti lain dalam Pakatan.
Maka soalnya, adakah Si Azmin ni cuba nak 'Main Kayu Tiga' dengan mendakwa kononnya PKR sanggup beri kerusi kepada PAN dan PPBM tapi dalam masa yang sama, dia nak ambik kerusi PAS pula?
Dan yang menjadi persoalannya, adakah Si Azmin tu sendiri sanggup melepaskan salah satu kerusinya untuk diberikan kepada rakan sekutu PKR dalam Pakatan dan hanya bertanding satu kerusi sahaja?
Sebagai rekod, Si Azmin Ali tu pada ketika ini secara peribadi memegang dua kerusi, satu kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan satu lagi kerusi Parlimen Gombak yang dahulunya milik PAS.
Jika dilihat dari kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu sebelum ini, dia sanggup melepaskan kerusi Parlimen Gombak dan berhajat nak bertanding di kawasan Parlimen Pekan.
Sekiranya benar Si Azmin tu sanggup berkongsi kerusi dengan PAN ataupun PPBM, mengapa tidak dia berikan kerusi Parlimen Gombak kepada mereka dan dia sendiri bertanding di Pekan? Atau, adakah Si Azmin Ali tu hanya pandai Cakap Besar je!!!