Cobaan atau Kemurkaan Allah?


Khabarnya, ketika Sudin Copong baru saja nak mengata kat Husam.. tiba-tiba petir berdentum lalu suasana Himpunan Fastaqim menjadi gelap gelita dan kelam kabut. Sudin Copong baca doa selalu!

Begitulah yang berlaku pada Himpunan Fastaqim anjuran Pas malam tadi yang beritanya menjadi tular di fesbuk.

Telah banyak kali mala petaka ribut melanda majlis anjuran Pas. Tidakkah ini merupakan suatu petunjuk kemurkaan Allah kepada mereka? Kemungkinan Allah murka dan menunjukan sesuatu untuk menyedarkan ketelanjuran dan kesilapan mereka selama ini.

Dalam kejadian pertama sebelum ini ialah pada 29 April 2017, semasa Muktamar PAS Pusat sedang belangsung di Kompleks PAS Kedah.Ribut kencang telah melanda yang menyebabkan kemusnahan khemah utama dan beberapa khemah lain di tempat kejadian.

 Selain terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat kerosakan tersebut, beberapa orang turut mengalami kecederaan.

 Kejadian itu dikaitkan dengan doa laknat oleh Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Mohd Rejab Md Akhir, sehari sebelum pembukaan muktamar, dimulakan dengan doa 'Jahanan Pan'. 

 Kejadian yang kedua berlaku pada 21 Julai 2017, sewaktu Ijtimak Persidangan ulamak sedunia yang berlansung di Stadium Sultan Muhamad di Kota Bharu, Kelantan. Angin kiencang melanda dan menerbangkan khemah. 

 Kejadian ini dikaitkan pula dengan tuduhan Hj Najmi Zakaria, Ketua Penerangan PAS Tanah Merah pada 14 Julai lalu bahawa PAN murtad !

 Dalam ucapannya di perkarangan Madrasah Pak Man Serbuk, Kampung Dalam Pondok Tanah Merah Kelantan, Hj Najmi berkata orang PAN (AMANAH) murtad dan patut dibunuh.

Jamuan raya Pas Tambun dilanda ribut
 Pada petang Sabtu, 8 ogos, 2015, sewaktu PAS Tambun mengadakan majlis Jamuan Raya di Padang permainan Halaman Meru Permai Ipoh, majlis jadi lintang pukang sebab dilanda ribut kencang sejurus selepas PJ Razman habis berucap.

Namun mereka tetap beranggapan bahawa mala petaka ini semua bukan pertanda Allah tidak redha kepada mereka!

Mereka tetap menyakini bahawa ini hanyalah cobaan Allah untuk mempertingkatkan lagi keimanan mereka.

Kepada kawan-kawan yang masih lagi mahu bersama parti lama itu, eloklah muhasabah diri. Fikirkanlah samada malapetaka yang berulang kali berlaku itu cobaan atau kemurkaan Allah.

Jangan jadi seperti Pendekar Wak Mustarjo yang asyik menipu diri sendiri dengan menganggap segala musibah yang berlaku itu hanyalah semata-mata  cobaan… cobaan… cobaan…

Subscribe to receive free email updates: