-
Hujan lebat disusuli kilat disertai detuman kuat guruh menghentikan seketika perhimpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus malam ini.
Kira-kira 10 minit sebelum jam 11 malam, tiba giliran Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyampaikan ucapan.
Ketika menyampaikan ceramahnya, Mohd Nassuruddin yang juga exco Kelantan terganggu apabila bekalan elektrik terputus.
Digelar sebagai "singa PAS" oleh pengerusi majlis, Mohd Nassuruddin sedang menjawab dakwaan dibuat bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa.
Kata Mohd Nassuruddin PAS "tidak sepatah pun" membincangkan kerjasama dengan BN.
"Dia (Husam) kata PAS berbincang nak berpakat dengan Umno, nak masuk BN, padahal dalam program (berkenaan) sepatah pun tak bincang hal berpakat dengan Umno," katanya. Gangguan mula terasa selepas angin kencang bertiup bersama hujan serta kilat dan guruh.
Selepas guruh berdentum kuat suasana menjadi gelap gelita apabila bekalan elektrik terputus.
Dalam kelam-kabut itu dapat didengar kanak-kanak menjerit menjerit dipercayai kerana terkejut.
Bagaimanapun keadaan kembali dapat dipulihkan kira-kira 10 minit kemudian.
Mohd Nassuruddin kemudian mengetuai bacaan doa meminta perlindungan daripada malapetaka selepas itu.
Sebelum ini Husam - yang kini menjadi Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa ada cubaan membawa PAS bekerjasama secara rasmi dengan Umno.
Bagaimanapun usaha itu terhalang oleh tentangan salah seorang panel penasihat PAS.
Pada 26 September lalu Malaysiakini melaporkan Husam sebagai berkata wujud perbincangan mengenai langkah PAS menghadapi pilihan raya umum ke-14 ketika pemimpin kanan parti itu mengadakan pemukiman di Pulau Pangkor, Perak.
Namun, kata Husam, cadangan kerjasama itu mendapat bantahan daripada panel penasihat PAS dan ia dinyatakan melalui sepucuk surat ditulis bekas pemimpin kanan parti itu kepada presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Related Posts :
Berita palsu 1MDB kaitkan Najib: Siasat media asing, pihak antarabangsa, kata MuhyiddinDALIA ISMAIL Tan Sri Muhyiddin Yassin berpandangan kerajaan harus mengambil tindakan mengenai penyebaran berita palsu membabitkan lap… Read More...
Pemuda AMANAH selar Pas pertahan GST, skandal 1MDBPemuda AMANAH Nasional mempersoal pendirian pemimpin Pas yang menganggap tawaran Pakatan Harapan untuk memansuhkan cukai barangan dan perkhi… Read More...
Jangan perlecehkan isu 1MDB, kata pengguna media sosial kepada NajibPERDANA Menteri Najib Razak hari ini mencetuskan kemarahan pengguna media sosial apabila beliau memperlecehkan skandal 1Malaysia Development… Read More...
KDN: Pembebasan Anwar pada 8 Jun masih tertakluk kepada perubahan TARIKH pembebasan ketua umum PKR Anwar Ibrahim pada 8 Jun, 2018, tetapi ia masih boleh berubah bergantung kepada keadaan sama ada beliau me… Read More...
Bersatu parti masa depan Malaysia, kata Maszlee Malik… Read More...