DIN PUDU DAKWA MAK LAMPIR TAK HORMAT HAK DEMOKRASI!!!

Tidak kira apa isinya, hak akar umbi menyuarakan pendapat mereka mesti dihormati, beritahu Timbalan Presiden PAN, Si Din Pudu tu kepada pemimpin wanita PKR, Si Zuraida Mak Lampir.
“Kita perlu hormati apa saja pandangan usul dibawa oleh mereka daripada akar umbi tanpa mengira parti mereka. Hormati hak demokrasi mereka walaupun kamu tidak menyenangi apa yang dikatakan mereka. Setiap parti percayakan konsep ini, bukan sahaja Amanah,” katanya semasa dihubungi hari ini.
Zuraida yang baru dilantik sebagai setiausaha Pakatan Selangor, semalam mengkritik seruan PAN kepada Menteri Besar Selangor agar mempertimbangkan semula kedudukan PAS dalam pentadbiran negeri.

Zuraida berkata walaupun dia menghormati hak wakil PAN menyuarakan pandangan pada konvensyen PAN Selangor tetapi seruan terbuka itu tidak sejajar dengan semangat sepersetujuan dalam gabungan pembangkang dan ianya tidak matang.

Seruan itu dibuat dalam bentuk usul yang dibentangkan oleh Ketua PAN Bahagian Ampang yang diundi dan diluluskan Sabtu lalu bagi memastikan kewujudan PAS dalam pentadbiran Selangor “tidak menjadi duri dalam daging yang boleh menjejaskan usaha membela kerajaan pimpinan PH pada pilihan raya seterusnya”.

Apabila disoal tentang ini, Salahuddin berkata pimpinan partinya tiada masalah dengan PAS yang berada dalam Rejim Pakatan negeri sekarang kerana pilhan raya umum ke-14 dijangka berlaku bila-bila masa dalam beberapa bulan selepas ini.
“Selepas Parlimen dibubarkan, hal pilihan raya umum akan diketengahkan dalam perbincangan kita. Majlis pimpinan PH sudah memutuskan PAS tidak akan menyertai perbincangan itu.
“Kita yakin semua termasuklah mereka yang mahu bekerjasama dengan PAS akan mematuhi keputusan ini.”
PAS meninggalkan gabungan pembangkang utama selepas Pakatan musnah pada Jun 2015 ekoran perbezaan dengan DAPigs atas pelaksanaan Hukum Hudud dan digantikan dengan Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR, Amanah, dan PPBM.

Bagaimanapun, PAS mengekalkan hubungan politik dengan PKR di Selangor di mana pemimpinnya terdiri daripada sebahagian Rejim Pakatan negeri yang dipimpin oleh Azmin Ali.

Hubungan politik itu dikekalkan walaupun Majlis Syura PAS bersetuju menamatkan semua kerjasama politik dengan PKR selepas usul mengakhiri hubungan dengan PKR dicadangkan oleh 21 cawangan PAS dan menerima sokongan daripada Pemuda dan Majlis Syura Ulama PAS pada April.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :