-
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg memberi jaminan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dihalang daripada memasuki negeri itu.
Selain Mahathir, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Dr Hatta Ramli juga boleh berbuat demikian tanpa halangan, katanya.
"Tak ada masalah, mereka bukan pelampau," kata Abang Johari seperti dipetik The Star hari ini.
Mahathir akan memberi ucapan di Sarawak esok dan kehadirannya ke negeri itu merupakan penampilan sulung beliau sejak menjadi pembangkang.
Bekas perdana menteri itu akan hadir pada ceramah HARAPAN dan akan berucap mengenai manifesto pilihan raya yang akan ditawarkan kepada rakyat negeri itu.
Terdahulu hari ini, dua anggota parlimen PKR, Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Hee Loy Sean (Petaling Jaya Selatan) dihalang memasuki Sarawak sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri.
Dalam ucapannya semasa merasmikan bangunan pejabat daerah Bau yang baru, Abang Johari berkata kerajaan negeri hanya akan menghalang mana-mana ahli politik yang dianggap sebagai ancaman daripada memasuki negeri itu.
"Kebebasan bersuara tidak bermakna ia boleh dilakukan dengan mengorbankan rakyat. Saya akan menghalang ahli politik yang mungkin menyebabkan perpecahan di Sarawak, walau apapun yang dikritik," katanya.
Beliau berkata itu adalah sebab mengapa tokoh seperti Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali juga dilarang masuk ke negeri berkenaan.
Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Related Posts :
Penjawat Awam Wajar Tolak Pelawaan Tajaan Keluar Negara Kuala Lumpur: Penjawat awam sewajarnya menolak sebarang undangan tajaan atau amalan 'payung kos' ke luar negara yang dikhuatiri mempunyai … Read More...
Paras Sokongan May Menurun LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May menyaksikan paras sokongannya berbanding pembangkang Parti Buruh, menurun enam peratus berban… Read More...
Korea Utara 'Tidak Hormat' China WASHINGTON: Presiden Donald Trump hari ini, menganggap tindakan Korea Utara melancarkan ujian senjata terbaru adalah tamparan hebat kepada… Read More...
Masalah Penduduk Repok Akan Diselesaikan - Huang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan beberapa masalah yan… Read More...
PRU14: PBDSB Umum Cobbold John Calon Parlimen Sri Aman Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dengan rasmi mengumumkan Presidennya Cobbold John Lusoi akan menjadi calon bagi kerusi Parlimen Sri… Read More...