Sambutan ulang tahun kelahiran ke-34 Nur Fazura Sharifuddin mencatat kenangan manis buat aktres terkenal itu apabila beliau menerima 500 kuntuman bunga mawar putih dan merah jambu.
Lebih mengejutkan Fazura, jambangan bunga gergasi itu dihadiahkan oleh teman, yang juga gandingannya dalam drama rantaian Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin.
"Sebelum majlis pelancaran hari ini, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran.
"Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik. Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya," kata Fazura.
Sebelum ini, walaupun berada jauh di luar negara, Fattah turut membuat kejutan dengan menghadiahkan 50 kuntuman ros merah dan kad ucapan berbentuk hati ketika Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu meraikan ulang tahun hari lahirnya, pertengahan bulan ini.
Related Posts :
TUN RAZAK BANTU 1974, DS NAJIB BANTU 1987, PRESIDEN ERDOGAN TELEFON PM NAJIB ISU BAITULMUQADDIS,… Read More...
'BN yang urus ekonomi negara, bukan Tuhan'Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang Allah menentukan harga barang berdasar… Read More...
PH bakal cipta sejarah namakan calon PM hadapi PRU14Gabungan pembangkang yang kini berada di bawah satu pasukan yang dinamakan Pakatan Harapan (PH) akan mencipta sejarah apabila dapat menamaka… Read More...
BUAT LAPORAN POLIS - BEKAS ISTERI DAKWA ADI PUTRA PALSUKAN SIJIL NIKAH
Pelakon Datuk Adi Putra, 36, didakwa oleh bekas isteri keduanya, Norshahida Zolkifly, 34, pernah membuat sijil nikah palsu membabitkan diri… Read More...
ISTERI ABAM - ACHEY & FAD DEDAH KENALI DI HARI PERNIKAHAN
"Kalau nak tahu, ini kali pertama kami berjumpa isteri Abam dan tak pernah tahu pun siapa wanita bernama Hidayah.
<< BERITA & … Read More...