Projek ini dikatakan dapat membantu golongan muda sebagai perumahan transit sehingga mereka mampu untuk membeli rumah sendiri.
Kerajaan Umno BN sememangnya tidak meletakkan isu perumahan sebagai keutamaan, ini boleh dilihat apa yang terjadi kepada generasi kedua di bawah Projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF).
Masihkah ingat, pada November 2012 menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Najib Razak turut telah mengumumkan untuk membina 20,000 unit rumah pada generasi FELDA dalam masa lima tahun.
Sekarang sudah 2017, apa sudah jadi dengan janji terdahulu? Adakah pembinaan rumah generasi kedua FELDA sudah terlaksana? atau hanya sekadar papan tanda projek dinaikkan?
Meskipun generasi FELDA kini sudah masuk kepada generasi ketiga, kerajaan Umno BN masih tiada sebarang perancangan bagi generasi baharu itu.
Rata-rata rakyat sudah tidak lagi percaya kepada janji-janji Umno BN, semua itu hanya sekadar gimik PRU yang akan diadakan tidak lama lagi sahaja.
Janji kepada rakyat kurang berkemampuan di negara ini terus dinafikan, para Menteri hanya sibuk dengan agenda mencari harta kekayaan untuk diri sendiri sahaja.
Hassan Karim
Pengerusi KEADILAN Johor
Parti KEADILAN Rakyat